
PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA
SIARAN MEDIA 13 JUN 2012
PERLAWANAN B-22 MALAYSIA DAN B-22 QATAR
Adalah dimaklumkan bahawa Perlawanan Persahabatan Antara Pasukan B-22 Malaysia dan Pasukan B-22 Qatar akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : Ahad, 17 Jun 2012
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Stadium Shah Alam
Untuk makluman, harga tiket adalah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Tiket akan dijual mulai 2.00 Petang pada hari perlawanan di Stadium Shah Alam.
Pasukan B-22 Timor Leste yang dijadualkan menentang Pasukan B-22 Malaysia, telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Sekian, terima kasih.
News & Media 

