Football Association of Malaysia

 

Articles

Harimau Muda A 0-2 Central Coast Mariners

Skuad Harimau Muda A tewas 2-0 kepada juara Liga Australia, Central Coast Mariners pada perlawanan Kumpulan B Kejohanan Bolasepak Piala Menpora 2013 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Ahad lalu (22 Sept).

Dengan keputusan ini, Harimau Muda A gagal untuk mara ke perlawanan akhir. Perlawanan terakhir Harimau Muda A ialah menentang Sriwijaya FC ,Selasa.

Harimau Muda A seri 2-2 dengan Persib Bandung Jumaat lalu. Mariners kini mempunyai enam mata.

Ketua Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee, final berkata, final bukanlah sasasran utama kerana pasukan itu bertanding di Bandung tanpa sembilan pemain yang membantu skuad itu menjuarai Pestabola Merdeka di Kuantan, minggu lalu. 

“Kami hanya hadir ke sini dengan 18 pemain termasuk tiga penjaga gol. Jadi saya tak dapat membuat penggiliran pemain memandangkan Syahid Zaidon dan Wan Zaharulnizam Zakaria baru pulih. Saya tak mahu ambil risiko. 

“Saya mungkin hanya beri mereka berdua aksi 20 hingga 30 minit pada perlawanan ketiga (esok). Pemain lain saya perlu lihat tahap kecergasan mereka selepas beraksi dua perlawanan apabila Irfan Fazail, Fadhli Shas dan Shahrul Saad mengalami sedikit kecederaan., “ kata Kim Swee. 

Mariners mendahului menerusi tandukan Matt Simon pada minit ke-42 sebelum gawang Harimau Muda A dikawal Izham Tarmizi Roslan bolos kali kedua menerusi rembatan Mitchell Duke dari tengah kotak penalti, minit ke-89.