11 PASUKAN LULUS LESEN KELAB UNTUK LIGA SUPER 2019

2018-10-12

Sebanyak 11 daripada 12 pasukan yang beraksi pada Liga Super 2018 telah lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2019, jika layak.

Perkara ini telah diputuskan pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 10 Oktober 2018.

Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta'zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA dan PKNS FC lulus dalam mendapatkan lesen kebangsaan manakala Kuala Lumpur FA, Pahang FA dan PKNP FC juga berjaya mendapatkan lesen kebangsaan tetapi dengan sanksi.  

Daripada 11 pasukan di atas, 8 daripadanya iaitu Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta'zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA dan PKNS FC turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2019, jika layak.

Sementara itu, dua pasukan yang lain iaitu PKNP FC dan Kuala Lumpur FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen AFC kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan. Pahang FA pula tidak layak dalam permohonan Lesen AFC disebabkan mereka dikenakan sanksi yang tidak membenarkan mereka memohon untuk Lesen AFC selama dua tahun. 

Satu lagi pasukan Liga Super 2018 iaitu Kelantan FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen kebangsaan dan AFC kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

Bagi pasukan-pasukan yang gagal, mereka telah pun diberikan surat pemakluman dan masih boleh merayu untuk mendapatkan lesen kelab seperti dinyatakan dalam Artikel 3.4.2 Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018 yang mana rayuan mereka dijadualkan akan didengar dalam masa terdekat.

Lesen Kebangsaan & AFC yang dikeluarkan ini adalah sah untuk tempoh satu musim sahaja iaitu bagi musim 2019 dan sepanjang musim berkenaan, jika mana-mana pasukan didapati melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kelab mereka boleh ditarik balik.

Saya bagi pihak FAM selaku pihak yang memberikan lesen kelab ini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang telah berjaya memperoleh lesen kelab Kebangsaan & AFC ini di atas usaha individu-individu dalam pasukan masing-masing yang telah memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan permohonan mereka berjaya.

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------

 

11 TEAMS GRANTED CLUB LICENSE FOR 2019 SUPER LEAGUE
 
11 out of the 12 teams that competed in the 2018 Super League have been granted the national club license therefore enabling them to compete in the 2019 Super League, should they qualify.

These decisions were made during the FAM Club Licensing First Instance Body (FIB) that was chaired by Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif on 10th October 2018.

Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta'zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA and PKNS FC were granted national license while Kuala Lumpur FA, Pahang FA and PKNP FC were granted a national license with a sanction.

From the 11 teams mentioned above, 8 teams which are Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta'zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA and PKNS FC were also granted the AFC license therefore enabling these teams to compete in the AFC Champions League 2019, should they qualify.

Meanwhile the 2 teams, PKNP FC and Kuala Lumpur FA were refused AFC license for failure to fulfil the criteria that was required. Pahang FA was not eligible for an AFC license as they were imposed a sanction of not being able to apply for the AFC License for two years.  

One other club from the 2018 Super League which is Kelantan FA had their applications for license refused and failed to obtain the national and AFC licenses for failing to fulfil the criteria that was required.

In order for the team to be granted a license they would have to be assessed in six key criteria, namely Sporting, Infrastructure, Personnel & Administration, Legal, Financial and Business which are stated in the FAM Club Licensing Regulations Edition 2018.

For the teams that have failed, they have been given a letter of notification and can still appeal for a club license as stated in Article 3.4.2 of the FAM Club Licensing Rules 2018 edition of which their appeal will be scheduled to be heard in the near future.

The National and AFC licenses are valid for one season only - for the 2019 season and throughout the season, if any clubs are found to have violated articles contained in the FAM Club Licensing Regulations Edition 2018 or have outstanding cases related to FIFA and AFC, their licenses may be withdrawn.

I on behalf of FAM as the licensor wishes to congratulate the clubs that have successfully obtained the respective National and AFC licenses and acknowledge the efforts of the individuals in their respective teams who have spent time and given full commitment in ensuring their applications are successful.
 
Stuart Ramalingam
General Secretary of Football Association of Malaysia (FAM)