AFC SETUJU BANTU FAM PERKEMAS STATUT, PERATURAN & KOD TATATERTIB

2019-01-16

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Isnin, 14 Januari 2019 telah menghantar permohonan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi mendapatkan bantuan pakar perundangan badan induk bola sepak Asia itu dalam melakukan kajian semula tadbir urus FAM. 

Sokongan dan tunjuk ajar daripada pakar perundangan itu diperlukan FAM bagi mengemaskini, memperbaiki, menyebariskan serta memperkukuhkan Statut, Peraturan dan Kod Tatatertib sedia ada untuk memenuhi tuntutan semasa, bagi menepati piawaian antarabangsa dan amalan tadbir urus terbaik. 

Usaha ini adalah antara langkah awal bagi pelaksanaan Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM 2019-2030 yang dinamakan F:30 menerusi salah satu daripada tiga teras utamanya - Tadbir Urus yang berkaitan dengan Polisi iaitu Pemindaan Statut.

Ia bagi memastikan Statut, Peraturan dan Kod Tatatertib FAM berada selari dengan kemaskini terbaharu daripada AFC mahu pun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sekali gus dapat mengelak daripada berlakunya isu atau pertikaian terhadap sesuatu peraturan itu.

Justeru pada Selasa, 15 Januari 2019, AFC menerusi setiausaha agungnya, Dato' Windsor John telah menjawab permohonan FAM itu dan menyatakan kesediaan mereka untuk memberi bantuan serta sokongan pakar kepada FAM bagi memperkasakan Statut, Peraturan dan Kod Tatatertib.

AFC juga mencadangkan supaya satu mesyuarat pertama dapat diadakan selepas berakhirnya saingan Piala Asia 2019 di UAE pada 1 Februari ini bagi membincangkan hal berkenaan.

Dengan ini FAM berharap agar usaha dan langkah yang dilakukan ini dapat menjawab permintaan daripada industri bola sepak di negara ini yang mahukan Statut, Peraturan dan Kod Tatatertib FAM sedia ada dikemaskini dan diberi penambahbaikan.

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

---

AFC AGREES TO HELP FAM WITH STATUTES, REGULATIONS & CODES OF CONDUCT

Football Association of Malaysia (FAM) on Monday, 14th January 2019 sent an application to the Asian Football Confederation (AFC) seeking assistance from legal experts of Asian football’s governing body in conducting a review on FAM’s governing structure.

The support and guidance by the legal experts is what FAM needs to update, refine and reinforce existing Statutes, Regulations and Codes of Conduct in order to meet current demands, international standards and best practices of governance.

This effort is one of the early steps of implementing the FAM 2019-2030 Roadmap named F:30 through one of its three core thrusts - Governance-related Policies which is the Statutes Reform.

It is to ensure FAM's Statutes, Regulations and Codes of Conduct are aligned with the latest updates from AFC and the Fédération Internationale de Football Association (FIFA), thereby avoiding any conflicts or disputes over any such regulations.

Therefore, on Tuesday, 15th January 2019, AFC through its General Secretary, Dato’ Windsor John has responded to FAM's application and expressed their willingness to provide expert support and guidance to FAM in refining the Statutes, Regulations and Codes of Conduct.

AFC also suggested that a first meeting be held after the 2019 Asian Cup in UAE which ends on 1st February to discuss the matter further.

With this, FAM hopes that these efforts and steps taken will be the answer to requests from the football industry in the country seeking for FAM's existing Statutes, Regulations and Codes of Conduct to be updated and revised.

Stuart Ramalingam
Football Association of Malaysia (FAM) General Secretary