DAVIES, GOPI CEDERA; MAHALLI TERSENARAI

2016-05-24

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurkan dua pemain - Matthew Davies dari Pahang dan R Gopinathan dari Selangor kerana kedua-dua pemain berkenaan disahkan tidak dapat pulih daripada kecederaan dalam masa terdekat.

 Sebagai ganti, Kim Swee membuat keputusan untuk memanggil pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mahalli Jasuli manakala seorang lagi pemain untuk melengkapkan senarai 25 pemain masih dalam pertimbangan sebelum diumum dalam sehari dua ini.

 "Selepas berbincang dengan doktor pasukan dan juga barisan kejurulatihan, saya memutuskan untuk memberi pelepasan kepada Matthew (Davies) dan Gopinathan kerana mereka mengalami kecederaan yang sukar untuk kembali pulih sepenuhnya dalam masa singkat.

 "Tempat Matthew akan digantikan oleh Mahalli manakala satu lagi tempat dikosongkan buat sementara waktu.

 "Dalam masa terdekat ini, saya akan memikirkan posisi tertentu yang perlu digantikan dan melihat tahap kecergasan para pemain JDT yang dipanggil selepas perlawanan Piala AFC, malam esok," kata Kim Swee kepada pemberita selepas sesi latihan hari kedua di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi.

 Sesi latihan skuad Harimau Malaysia kini hanya disertai 13 pemain sebelum Mahalli dan 10 pemain JDT yang lain menyertai pasukan pada Khamis dan berlepas ke Yangon, Myanmar pada Jumaat untuk perlawanan antarabangsa A bertemu Myanmar pada Sabtu, 28 Mei 2016.

 Ditanya adakah pengganti Gopinathan terdiri daripada kalangan 10 pemain dalam senarai menunggu, Kim Swee berkata: "Dalam senarai menunggu saya memiliki Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal Wan Nor, Azinee Taib dan beberapa lagi pemain.

 "Tapi seperti yang saya katakan, tak semestinya pemain dipanggil itu dari senarai menunggu. Contohnya Mahalli. Ia bergantung kepada posisi tertentu yang saya rasa perlu. Buat masa ini, saya belum pasti siapa yang akan dipanggil untuk mengisi slot terakhir ini."

 Selepas melapor diri pada Ahad, barisan pemain skuad Harimau Malaysia sudah menjalani dua sesi latihan penuh pada petang Isnin dan Selasa.

 "Saya lihat respon para pemain amat positif. Biarpun kita hanya memiliki 13 pemain ketika ini, mereka menunjukkan kesungguhan dan berlatih seperti biasa. Malah saya lihat, mereka telah menunjukkan sikap yang cukup baik ketika latihan mahu pun di luar padang," jelas Kim Swee.

 

 Berikut senarai terkini barisan 24 pemain skuad Harimau Malaysia untuk kem latihan pusat kali ini:

 

 

 

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHD IZHAM TARMIZI ROSLAN

25

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA'ZIM

2.

MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK

29

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

3.

MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS

25

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

4.

PUTERA NADHER AMARHAN MADERNER

25

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

5.

KUNANLAN A/L SUBRAMANIAM

30

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

6.

MUHAMMAD FAZLY MAZLAN

23

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

7.

MAHALLI JASULI

27

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA'ZIM

8.

SAFIQ RAHIM

29

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM

9.

MOHD AMIRULHADI ZAINAL

30

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM

10.

CHANTHURU A/L SUPPIAH

29

TENGAH

JOHOR DARUL TA'ZIM

11.

MOHD AMRI YAHYAH

35

PENYERANG

JOHOR DARUL TA'ZIM

12.

MUHAMMAD SHAHROM ABDUL KALAM

31

PERTAHANAN

SELANGOR

13.

MOHD AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM

25

TENGAH

SELANGOR

14.

AHMAD HAZWAN BAKRI

25

PENYERANG

SELANGOR

15.

MOHD FARHAN ABU BAKAR

23

PENJAGA GOL

KEDAH

16.

BADDROL BAKHTIAR

28

TENGAH

KEDAH

17.

MOHAMAD AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK

21

TENGAH

KEDAH

18.

AHMAD FAKRI SAARANI

27

TENGAH

KEDAH

19.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

27

PENJAGA GOL

KELANTAN

20.

BRENDAN GAN SENG LING

28

TENGAH

KELANTAN

21.

CHRISTIE JAYASEELAN A/L DEVASAGAYAM

30

TENGAH

FELDA UNITED

22.

ABDUL LATIFF SUHAIMI

27

TENGAH

PDRM

23.

KUMAAHRAN A/L SATHASIVAM

20

PENYERANG

PULAU PINANG

24.

KHAIR MUHAMMAD JEFRI JONES

27

PERTAHANAN

MELAKA