FAM ANJUR PERJUMPAAN DENGAN PEMIMPIN GABUNGAN, LANCAR PROJEK TERBAHARU ACE

2018-11-12

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengadakan perjumpaan dengan pemimpin tertinggi ahli gabungannya sambil berkongsi visi dan misi ke arah memastikan pemegang taruh utamanya memahami tuntutan di sebalik pelancaran Peta Hala Tuju FAM baru-baru ini.

FAM turut melancarkan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE) bertujuan memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal dan pembangunan pertandingan kepada anggota gabungannya.

Projek itu yang juga cetusan ilham Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju FAM 2019-2030 atau F:30 yang menitikberatkan pemerkasaan ahli gabungan agar mereka mampu bergerak seiring dengan badan induk berkenaan dalam mewujudkan ekosistem menyeluruh.

Menerusi projek ACE yang dibahagi kepada tiga teras – Pengurusan dan Pentadbiran, Pembangunan Bola Sepak dan Pembangunan Pertandingan, ahli gabungan FAM boleh membuat permohonan untuk menerima geran dan bantuan kepakaran urus tadbir serta teknikal daripada badan induk berkenaan bermula 2019.

Projek itu menyediakan khidmat sokongan dan bantuan dari segi urus tadbir seperti pengurusan kewangan, perundangan, pemasaran dan penajaan, media dan komunikasi, pembangunan kelab penyokong serta program tindik di FAM selain penilaian teknikal menerusi kursus kejurulatihan dan penyediaan peralatan dan bengkel berkaitan sistem pengurusan liga dan pertandingan berasaskan elektronik serta dana untuk penganjuran liga negeri.

“Tiga teras ini menjadi fokus kepada FAM kerana jika ahli gabungan kukuh, maka utuhlah FAM. Memperkasakan ahli gabungan sekali gus memperkasakan FAM, manakala sokongan teknikal bertujuan melahirkan jurulatih dan pemain berwibawa dan hanya menerusi pertandingan, peluang untuk pemain dan jurulatih mengasah kepakaran masing-masing terbuka luas.

“Projek ini ditawarkan kepada semua ahli gabungan FAM yang dikehendaki memenuhi beberapa syarat, termasuk penyediaan pelan strategik, bajet dan kertas kerja mengikut projek,” kata Dato’ Haji Hamidin.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Bersama presiden semua ahli gabungan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Turut hadir Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (Presiden FAS), Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri (Presiden PBNS) serta presiden dan wakil dari 20 ahli gabungan FAM.

Dato’ Haji Hamidin berkata, projek ACE mencerminkan kesungguhan FAM mencontohi amalan urus tadbir terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Terangkum dalam projek ACE ialah beberapa pembaharuan jangka masa panjang, termasuk membangunkan modul pendidikan sendiri menerusi kursus persijilan dalam bola sepak di bawah teras urus tadbir, Anugerah FAM yang mengandungi Program Pembangunan Terbaik (Negeri/ Kelab),  Program Akar Umbi Terbaik Tahunan dan Jurulatih Terbaik Tahunan (Peringkat Umur) di bawah teras pembangunan bola sepak serta siri kejohanan peringkat remaja yang mapan dan lestari di bawah teras pembangunan pertandingan.

 

----

 

FAM MEETS LEADERS OF AFFILIATES, LAUNCHES NEW PROJECT  

2018-11-12

The FA of Malaysia (FAM) today conducted a presidential meeting with the top echelon leaders of its affiliates in getting their buy-in in view of the FAM Roadmap 2019-2030 or F:30 launch recently.

FAM also took the opportunity to launch the Affiliates’ Capacity Enhancement (ACE) Project, designed to build capacity and upgrade its affiliates’ competencies in terms of governance, technical and competition development.

The brainchild of FAM president, Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, the ACE project is a key element in the FAM Roadmap, which is to build capacity among its affiliates in an effort to establish a holistic and sustainable eco-system.

Through the project which is divided into three pillars – management and administration, football development and competition development, FAM affiliates may apply for financial grant and technical support and services as well as management training starting 2019.

ACE project provides support and services in terms of financial management, legal, marketing and sponsorship, media and communication, fan club development and attachment at FAM, besides technical assessments through coaching courses and supply of equipment as well as workshops on e-based league and competition system and seed grant for State leagues.

“The three pillars are the thrust of this project because a strong group of affiliates will create a stronger FAM. Building capacity among our affiliates will build capacity in FAM as well, while technical support is aimed at creating a bigger pool of better coaches and players. And opportunities for players and coaches to improve themselves can only be gained through competitions.

“This project is open to every FAM affiliate, provided they fulfil the requirements, among which is the submission of strategic plans, budget and project working paper,” said Dato’ Haji Hamidin.

Dato’ Haji Hamidin was speaking after chairing a meeting with presidents of its 20 affiliates in a renowned hotel in Kuala Lumpur. Also present were Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (FA of Selangor president), Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri (Negeri Sembilan FA president) and presidents or representatives from 18 other affiliates.

Dato’ Haji Hamidin said, the ACE Project illustrated FAM’s desire to emulate the best practices by world body FIFA and the Asian Football Confederation (AFC) in empowering their member associations.

Among the new elements to be introduced in the ACE Project are FAM’s own module through certification in football under the management and administration pillar, the FAM Awards consisting The Best Grassroots Development Programme (State/Club), Best Grassroots Programme and Best Coach (age group) under the football development pillar and a sustainable series of youth competitions under the competition development pillar.