FINAL 1 PIALA PRESIDEN 2017: SELANGOR BERJAYA ATASI TERENGGANU 2-0 DI GELANGGANG SENDIRI

2017-10-14

Selangor berjaya menewaskan Terengganu 2-0 pada aksi Final 1 Piala Presiden 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi untuk dijadikan bekalan menjelang perlawanan kedua di Kuala Terengganu.

 Skuad kendalian Omar Ali itu yang menyingkirkan JDT III pada suku akhir dan Kedah pada separuh akhir berjaya memperoleh kedua-dua gol berkenaan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Badrul Amin Rusalan pada minit ke-15 dan Syahmi Safari minit ke-28.

 Terengganu kendalian Mustaffa Kamal Abd Wahab yang mengharungi laluan berliku dengan mengetepikan naib juara musim lalu, T-Team pada suku akhir dan juara bertahan, Kelantan pada separuh akhir cuba mencari gol pada babak kedua bagi merapatkan jurang, namun buntu sehingga wisel penamat.

 Aksi Final 2 Piala Presiden 2017 bakal berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada Jumaat, 20 Oktober 2017.

 

SELANGOR: 25-Haziq Ridwan (PG) (K), 5-M Tamil Maran, 12-Azizul Baharuddin (10-Alif Saiddatul Azman 90'+3), 17-D Kugan, 31-Amirul Ashraf Ariffin, 32-K Sarkunan, 33-A Namathevan, 34-Badrul Amin Rusalan (24-Syazwan Salihin 85'), 35-Faizzudin Abidin, 36-K Kannan, 37-Syahmi Safari.

TERENGGANU: 25-Shafawi Mohamad (PG), 2-Fazirhikwan Mat Rani (K), 3-Samsul Ikram Daud, 7-Haidhir Suhaini, 8-Aliff Fitri Jefri (11-Wan Fazli Wan Ghazali 68'), 12-Fakrul Wahib, 17-Rahman Makasuf (16-Muhd Nur Isyraf Razali 90'+2), 18-Shafiq Shahrizan (24-Khairul Nizam Kamaruddin 73'), 20-Dhiyaulrahman Hasry, 26-Alif Zakaria, 27-Al Imran Abd Aziz.

Pengadil: Mohd Faizudin Ismail

 

KEPUTUSAN FINAL 1

JUMAAT, 13 OKTOBER 2017

 

SELANGOR 2

Badrul Amin Rusalan 15' Syahmi Safari 28'

TERENGGANU 0