JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA PADA KEJUARAAN B-16 AFF 2018 DI SURABAYA, INDONESIA

2018-07-18

Skuad bola sepak B-16 kebangsaan kendalian Lim Teong Kim telah diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Singapura, Brunei dan Laos bagi Kejuaraan B-16 AFF 2018 yang dijadualkan berlangsung dari 29 Julai hingga 11 Ogos 2018 di Surabaya, Indonesia. 

Malaysia bakal membuka kempen bertemu Thailand pada 30 Julai nanti, diikuti aksi menentang Brunei pada 3 Ogos, Singapura pada 5 Ogos dan Laos pada 7 Ogos dengan keempat perlawanan akan diadakan di Stadium Joko Samudro, Surabaya.

Sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung 9 Ogos manakala aksi Final dan penentuan tempat ketiga/keempat pula dijadualkan pada 11 Ogos 2018.

Malaysia telah mengadakan tiga perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk kejuaraan tersebut. Mereka berjaya mengatasi skuad B-16 Indonesia 4-3 pada 6 Julai tetapi kalah dua kali kepada skuad B-16 Korea Selatan dengan keputusan 0-2 & 0-4 pada 11 & 17 Julai lepas. Mereka juga bakal bertemu skuad B-16 Kemboja pada 20 Julai dan skuad India B-16 pada 23 & 26 Julai dalam tiga lagi aksi persahabatan sebelum ke Surabaya. 

Skuad kendalian Lim Teong Kim itu juga bakal menghadapi Kejuaraan B-16 AFC, dengan Malaysia sebagai tuan rumah kejuaraan tersebut, yang dijadualkan berlangsung dari 20 September hingga 7 Oktober depan.