KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA RAYUAN FAM, 19 JANUARI 2017

2017-01-19

Jawatankuasa Rayuan FAM dalam mesyuaratnya pada 19 Januari 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1. Rayuan Persatuan Bolasepak Perak terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bertarikh 2 November 2016 berhubung kes tindakan penyokong pasukan Perak yang telah membaling botol minuman ke arah penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) serta penganjuran perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Perak semasa perlawanan Liga Super 2016 antara Perak lawan JDT pada 6 Ogos 2016 di Stadium Perak, Ipoh yang telah melibatkan kes kecederaan.

  • Hukuman denda keseluruhan berjumlah RM47,500.00 yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM adalah dikekalkan.

 

  • Hukuman bermain tiga perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri telah dikurangkan kepada dua perlawanan dan hanya akan berkuatkuasa pada 4 Februari 2017 seperti berikut:
  • Perlawanan Liga Super 2017 antara Perak lawan Melaka pada 4 Februari 2017; dan
  • Perlawanan Pusingan Kedua Piala FA 2017 antara Perak lawan PB Melayu Malaysia atau SAMB FC pada 15 Februari 2017.

 

  • Jesteru, perlawanan pertama Liga Super 2017 antara Perak lawan Pahang di Stadium Perak, Ipoh, pada 21 Januari 2017 boleh dihadiri penonton.

2. Rayuan pemain Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bertarikh 1 September 2016 berhubung kes berkelakuan ganas terhadap pengadil perlawanan semasa perlawanan Piala Malaysia 2016 di antara Kedah lawan Sarawak pada 13 Julai 2016 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

  • Hukuman denda berjumlah RM2,000.00 yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM terhadap pemain adalah dikekalkan.

 

  • Hukuman penggantungan daripada bermain dalam kesemua perlawanan pertandingan bola sepak Malaysia (perlawanan rasmi atau tidak rasmi) selama enam bulan mulai 1 September 2016 hingga 28 Februari 2017 telah ditingkatkan kepada tujuh bulan mulai 1 September 2016 hingga 31 Mac 2017.

 

DATO’ GNANARAJAH C. AYATHURAI

PENGERUSI JAWATANKUASA RAYUAN

KHAMIS, 19 JANUARI 2017