KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM, 1 JUN 2017

2017-06-02

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 1 Jun 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohamad Amirul Asraf Bin Mohd Noor terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan PKNP FC dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM72,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 

2. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Afiq Amsyar Bin A. Salamat terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak

Keputusan: Tuntutan pengadu adalah ditolak

 

3. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Muhammad Hafizuddin Bin Harun terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan PKNP FC dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM60,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 

4. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Tuan Muhamad Faim Bin Tuan Zainal Abidin terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM9,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 

5. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Khairul Izuan Bin Rosli terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM77,486.87 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 

6. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohammad Faizal Bin Abu Bakar terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM44,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 

7. Tuntutan dikemukakan oleh pegawai, Velizar Emilov Popov terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah AS$14,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

 

SUPT MD DALI WAHID

TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA STATUS FAM

KHAMIS, 1 JUN 2017