KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM PADA 27 FEBRUARI 2017

2017-02-27 

 Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 27 Februari 2017 (Isnin) telah mencapai keputusan berikut:

1.  Tindakan pemain pasukan PKNP FC, Muhammad Fadhil Idris yang telah menumbuk muka pemain pasukan Terengganu, Issey Farran Nakajima semasa perlawanan Liga Premier 2017 di antara Terengganu lawan PKNP FC pada 21 Februari 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

 

·              Pemain telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’  dan dibaca bersama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’ dan dikenakan hukuman berikut:

 

i.              Digantung sebanyak empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik seperti berikut:

 

a.     Perlawanan Liga Premier 2017 di antara PKNP FC lawan ATM pada 24 Februari 2017 di Stadium Perak, Ipoh (penggantungan perlawanan secara automatik);

b.    Perlawanan Liga Premier 2017 di antara JDT II lawan PKNP FC pada 28 Februari 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang;

c.     Perlawanan Liga Premier 2017 di antara PKNP FC lawan Sabah pada 3 Mac 2017 di Stadium Perak, Ipoh; dan

d.    Perlawanan Liga Premier 2017 di antara MISC-MIFA lawan PKNP FC pada 7 April 2017 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

     

ii.             Didenda sebanyak RM1,000.00; dan

 

iii.            Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. 

 

TUAN SHEIKH MOHD NASIR SHEIKH MOHD SHARIF

TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB

ISNIN, 27 FEBRUARI 2017