KEPUTUSAN UNDIAN PIALA FAM, PIALA PRESIDEN & PIALA BELIA 2016

2016-02-15

Majlis Undian Piala FAM, Piala Presiden & Piala Belia bagi musim 2016 telah berlangsung di Hotel Grand BlueWave Shah Alam, petang semalam.

 Ia acara kemuncak dalam Taklimat Pasukan Piala FAM, Piala Presiden & Piala Belia 2016 yang berlangsung selama dua hari pada 13 dan 14 Februari 2016 di hotel berkenaan.

 Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Sri Afandi Hamzah berkata, antara cadangan untuk meningkatkan kualiti dan nilai saingan Piala FAM ialah berkemungkinan membenarkan pasukan menggunakan pemain import pada musim akan datang.

 "Biarpun Piala FAM merupakan saingan liga divisyen tiga, tapi perlu diingat bahawa pasukan-pasukan ini juga yang akan naik ke Liga Premier dan seterusnya Liga Super. Malah mereka turut beraksi dalam Piala FA bersama pasukan Liga Super dan Liga Premier yang lain.

 "Jadi kita sedang memikirkan langkah untuk meningkatkan kualiti dan nilai saingan Piala FAM itu sendiri dengan berkemungkinan memberi ruang kepada pemain import untuk beraksi.

 "Tapi ini merupakan cadangan peringkat awal dan kita akan membuat ketetapan mengenai perkara ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan," kata Afandi pada sidang media selepas majlis undian itu, petang semalam.

 Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM turut menambah, prasyarat berhubung kewangan pasukan amat dititik berat pihaknya bagi memastikan tiada pasukan yang sesuka hati bertindak menarik diri daripada Piala FAM selepas beraksi hanya semusim.

 "Setiap pasukan yang beraksi di Piala FAM perlu memberi jaminan keutuhan kewangan pasukan masing-masing supaya tidak timbul masalah kepada pasukan.

 "Malahan kita sudah memberi peringatan kepada semua pasukan kerana kita tak mahu sesebuah pasukan itu hanya bersaing untuk satu tempoh yang singkat.

 "Jadi kita letak syarat-syarat tertentu supaya pasukan perlu bersedia dan benar-benar berkemampuan untuk bersaing di Piala FAM," jelas Afandi.

 Musim 2016 menyaksikan format seragam untuk ketiga-tiga pertandingan Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia.

 Saingan peringkat kumpulan akan dijalankan secara liga dua pusingan dengan empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati.

 Peringkat kalah mati suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir akan berlangsung secara timbal balik di gelanggang sendiri dan gelanggang lawan.

 "Kita membuat penambahan dari segi jumlah hadiah wang tunai untuk musim 2016 ini. Empat pasukan yang layak ke suku akhir, seterusnya separuh akhir dan perlawanan akhir akan mendapat wang insentif mengikut amaun ditetapkan. Apa yang pasti, hadiah wang tunai meningkat daripada musim lalu," kata Afandi.

 

INFO KEDUDUKAN PASUKAN:

 

PIALA FAM 2016

KUMPULAN A
A1- MISC-MIFA
A2- Persatuan Bolasepak Ipoh
A3- Megah Murni FC
A4- AirAsia Allstars FC
A5- Sungai Ara FC
A6- Felcra FC
A7- DYS FC
A8- Shahzan Muda FC
A9- Penjara FC

KUMPULAN B
B1- PKNP FC
B2- SAMB FC
B3- MPKB-BRI U-BES FC
B4- Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
B5- UKM FC
B6- Hanelang FC
B7- MOF FC
B8- KDMM FC
B9- TNB Kilat FC
 

PIALA PRESIDEN 2016

KUMPULAN A
A1- Kelantan
A2- Terengganu
A3- Johor Darul Ta'zim III
A4- UiTM FC
A5- Negeri Sembilan
A6- Kedah
A7- ATM
A8- Perlis
A9- Sarawak
A-10 Felda United FC

KUMPULAN B
B1- Pulau Pinang
B2- Selangor
B3- Sabah
B4- PDRM
B5- Kuala Lumpur
B6- Pahang
B7- T-Team
B8- Melaka
B9- PKNS FC
B-10 Perak

 

PIALA BELIA 2016

KUMPULAN A
A1- Sarawak
A2- Perak
A3- Perlis
A4- Pahang
A5- Negeri Sembilan
A6- Selangor
A7- Sabah
A8- Pulau Pinang
A9- Kedah
A-10 Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17

KUMPULAN B
B1- Melaka
B2- Felda United FC
B3- ATM
B4- Kelantan
B5- Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17
B6- Terengganu
B7- MISC-MIFA
B8- Kuala Lumpur
B9- Johor Darul Ta'zim IV
B-10 Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-16