LFK 2017: FELDA UNITED TERUS UNGGULI CARTA

2017-02-12

Felda United mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus untuk terus mengungguli carta Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 kategori lelaki dan wanita pada saingan hari kedua di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini.

 Bagi kategori lelaki, skuad Felda kendalian bekas pemain kebangsaan Addie Azwan Zainal meraih kemenangan bergaya 6-2 ke atas T-Team bimbingan Syafiq Aizat Abdul Aziz menerusi dua gol jaringan pemain futsal Harimau Malaysia, Azri Rahman untuk mendahului liga di atas kelebihan perbezaan gol.

 Skuad Melaka kendalian I’sah Abdul Rahim terus mengekori rapat di tangga kedua setelah berjaya mengatasi pasukan baharu, KL City FC bimbingan bekas pemain futsal kebangsaan, Jerry Dinesh 4-2 untuk turut mengumpul enam mata penuh.

 MBPP pula naik satu tangga ke kedudukan kelima setelah mencatat kemenangan sulung ke atas Perak 3-2.

 Sementara itu, bagi kategori wanita, pasukan Felda bimbingan Rozmin Musa melakar kemenangan tipis 4-3 ke atas Perak kendalian Haffiz Shaffiee hasil dua gol jaringan pemain futsal wanita kebangsaan, Norhawa Md Yasin.Keputusan itu membolehkan The Fighters terus kekal berada di persada liga.

 Pada satu lagi pertemuan, Sarawak berjaya meraih kemenangan pertama musim ini setelah menundukkan ATM 2-1 untuk naik ke tangga kedua dengan empat mata.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN HARI INI

 

KATEGORI LELAKI

 

MELAKA 4

Saiful Aula Ahmad 4’

Jamaludin Alias 16’

Ali Imran Hasan 27’

Yazid Kamaruzuan 32’

KL CITY FC 2

A Kisheen 3’

Muzhaffar Mohd Tahar 21’

 

FELDA UNITED 6

Qaiser Hieshaam Abdul Kadir 18’

Azri Rahman 21’ 35’

Syed Aizad Daniel Syed Nasir 24’

Muhammad Addli Che Husin 25’

Fitri Muhamad Yatim 38’

T-TEAM 2

Putera Mohammad Faris Anuar 19’  

Mohd Shafiliy Jusoh 27’

 

PERAK 2

Muhammad Zamiruddin Jalaluddin 1’

Badruzzaman Tahir 11’

MBPP 3

Muhammad Amirul Ismail 21’ 31’ 35’

 

PAHANG 4

KUALA LUMPUR TPD FC 0

 

KATEGORI WANITA

 

SARAWAK 2

Rabiah Bishriyah Abdul Kadir 37’

Norfazlena Jek 39’

ATM 1

Puteri Nur Rohayu Selim 14’

 

PERAK 3

Intan Sarah Anisah Zulgafli  6’

Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin 7’

Nur Madihah Nadzari 19’

FELDA UNITED 4

Norhawa Md Yasin 6’ 7’

Siti Aznidah Zamri 28’

Fatin Shahida Azmi 30’

 

KUALA LUMPUR ALLY GROUP 7
PDRM 3