LFK 2017: JUARA BERTAHAN LELAKI TERUS HIMPIT MELAKA, FELDA UNITED HAMPIRI KEJUARAAN WANITA

2017-04-17

Juara bertahan kategori lelaki, Felda United memperoleh gol kemenangan ketika permainan berbaki tiga saat untuk terus menghambat pendahulu, Melaka selepas berakhirnya hari kedua Sirkit 7 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Arena UPSI, Tanjung Malim pada Ahad.

 Felda United yang turun ke tangga ketiga selepas tidak beraksi pada Sabtu kembali merampas tangga kedua daripada Pahang menerusi kemenangan tipis 5-4 ke atas lawan berkenaan.

 "Sebenarnya dari awal permainan kita mendapat banyak peluang tetapi gagal dimanfaat. Mungkin rezeki untuk dapat gol kemenangan ketika permainan berbaki tiga saat.

 "Alhamdulillah sasaran untuk kutip tiga mata minggu ini tercapai dan kami kini mengharapkan Melaka tercicir mata pada baki empat perlawanan terakhir pada Sirkit 8 dan Sirkit 9, sambil kami meraih mata maksimum," kata jurulatih Felda United, Addie Azwan Zainal.

 Selepas 12 perlawanan, Melaka kendalian Mohamad I'sah Abd Rahim masih kekal di tangga teratas dengan 34 mata selepas menewaskan Kuala Lumpur TPD 5-1 manakala Felda United di tangga kedua dengan 30 mata.

 Pahang pula yang dibimbing Mohd Yazeed Hamzah di tangga ketiga dengan 28 mata tetapi sudah beraksi 13 perlawanan.

 Sementara itu, pada saingan kategori wanita, Felda United kendalian Rozmin Musa semakin menghampiri kejuaraan selepas meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan PDRM 7-2.

 Berbaki dua lagi perlawanan pada Sirkit 9, Felda United kini sudah mengumpul 22 mata daripada lapan perlawanan diikuti Kuala Lumpur Ally Group di tangga kedua dengan 19 mata selepas mereka membelasah Sarawak 11-1.

 Perak pula di tangga ketiga dengan 15 mata selepas membelasah ATM 14-0.

 Sirkit 8 dan Sirkit 9 akan berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang pada 29 & 30 April ini serta 6 & 7 Mei depan.

 

KEPUTUSAN HARI KEDUA SIRKIT 7

 

(KATEGORI LELAKI)

 

FELDA UNITED 5

Mohd Azwann Ismail 2'

Muhammad Aidil Shahril Rosli 3' 4'

Syed Aizad Daniel Syed Nasir 33' 39'

PAHANG 4

Mohd Ridzwan Bakri 3' 36'

Mohd Firdaus Mohd Shafie 15'

Muhammad Fariq Mohammad 19'

 

MELAKA 5

Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin 8'

Jamaludin Alias 10'

Saiful Nizam Mohamad Ali 20' 28'

Firdaus Ambiah 21'

KUALA LUMPUR TPD 1

Muhammad Aliff Mohd Roslan 37'

 

KL PETALING PUTRA FC 3

Muhammad Azamuddin Hasan 22' 24'

Abdul Ghani Azri Mohd Fadhil Libon 26'

MBPP 3

Muhammad Amirul Ismail 6'

Iskandar Idris 8'

Sharizuan Ibrahim 17'

 

KL CITY FC 4

A Kissheen 29'

Mohammad Fadilah Rajkafor 33'

Mohammad Farid Lokman 38'

Hazizi Mansor 38'

T-TEAM 3

Alif Shafiq Suhaimi 7'

A Kissheen (GS) 24'

Ahmad Jazlan Jalil 39'

 

(KATEGORI WANITA)

 

PERAK 14

Nur Madihah Nadzari 4' 23' 35'

Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri 11' 12' 36'

Farah Anis Azman 18'

Nurul Mastura Hussin 18'

Felicity Agnes Ng 19' 39'

Nuraiin Shafika Omar 23'

Syazalina Mohd Affandi 28'

Fatin Syafiqah Abdullah 31'

Intan Sarah Anisah Zulgafli 37'

ATM 0

 

SARAWAK 1

Nur Azian Sapiee 39'

KUALA LUMPUR ALLY GROUP 11

Steffi Sarge Kaur 3' 10' 19' 27'

Naziratul Amira Ahmad Nasri 12' 18'

Puteri Umi Sofea Kamaruzaman 22' 39'

Fasrina Amira Abdullah 24'

Nur Afirra Razman 35'

Nur Amira Mat Rasid 37'

 

FELDA UNITED 7

Norhawa Md Yasin 3'

Hannani Adriana Shamsul Azizan 7'

Zur'ain Kamarudin 15'

Nur Shazreen Munazli 17' 18'

Siti Asnidah Zamri 30'

Hanis Farhana Shamsul Azizan 38'

PDRM 2

Usliza Usman 27'

Noor Asyikin Mohamad Noor 38'

 

* Langgan saluran rasmi youtube FAMTV bagi mengikuti video sedutan gol perlawanan LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA