LFK 2017: MELAKA KEMBALI GARANG KUKUH TERATAS LELAKI, FELDA UNITED KEKAL PENDAHULU WANITA

2017-04-15

Selepas tercicir mata diikat KL City FC 3-3 pada Sirkit 6 minggu lalu, pendahulu kategori lelaki, Melaka kembali garang dengan membelasah Perak 7-0 pada hari pertama Sirkit 7 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini.

 Kemenangan ke-10 daripada 11 perlawanan itu meletakkan Melaka kendalian Mohamad I'sah Abd Rahim kekal di tangga teratas dengan 31 mata.

 "Kami telah mengambil pengajaran daripada minggu lepas apabila kami tercicir dua mata dan kami akan lebih berhati-hati kerana semua pasukan begitu ghairah untuk menewaskan kami.

 "Jadi untuk aksi bertemu Kuala Lumpur TPD, 12 tengah hari esok, kami tidak akan ambil mudah. Tetap anggap ia sama seperti ketika kami berdepan lawan-lawan besar seperti Felda United. Kami akan terus berjuang untuk mencapai misi kejuaraan," kata Mohamad I'sah.

 Pahang pula berjaya merampas tangga kedua daripada Felda United selepas skuad kendalian Mohd Yazeed Hamzah itu mudah membelasah KL Petaling Putra FC 10-1 untuk kini mengumpul 28 mata selepas 12 perlawanan, satu perlawanan lebih berbanding Melaka.

 Juara bertahan, Felda United yang tidak beraksi hari ini terpaksa turun ke tangga ketiga dengan 27 mata selepas 11 perlawanan dan bakal berdepan ujian getir menentang Melaka, 10.30 pagi esok.

 Sementara itu, bagi saingan kategori wanita, Felda United bimbingan Rozmin Musa terus kukuh di tangga teratas selepas berjaya menewaskan pasukan tangga ketiga, Perak 5-1 untuk mengumpul 19 mata selepas tujuh perlawanan.

 "Tahniah kepada para pemain kerana mengekalkan prestasi selepas kami turut berjaya menewaskan Perak pada aksi pusingan pertama sebelum ini.

 "Tapi pada perlawanan hari ini, mereka telah beraksi lebih daripada apa yang saya jangkakan terutama dari segi kerjasama berpasukan.

 "Harap untuk perlawanan bertemu ATM esok, kami akan dapat meneruskan momentum permainan seperti hari ini dan mengutip tiga mata penuh untuk mencapai sasaran enam mata maksimum minggu ini," kata Rozmin.

 Kuala Lumpur Ally Group kendalian Ismail Firdaus Khalid pula terus mengekori rapat di tangga kedua dengan 16 mata selepas berjaya menewaskan pasukan tangga keempat, PDRM 4-3.

 Hari kedua Sirkit 7 akan bermula jam 9 pagi esok dengan empat perlawanan kategori lelaki dan tiga perlawanan kategori wanita.

 

KEPUTUSAN HARI PERTAMA SIRKIT 7

 

(KATEGORI LELAKI)

 

MELAKA 7

Saiful Nizam Mohamad Ali 2' 19'

Jamaludin Alias 11' 36'

Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin 13'

Abu Haniffa Hasan 17'

Faris Noor Rani 30'

PERAK 0

 

KL PETALING PUTRA FC 1

Muhammad Amirul Sugito 31'

PAHANG 10

Muhammad Nazreen Saudi 3'

Mohd Ridzwan Bakri 7' 27'

Muhammad Hazreen Mohamad Ali 11' 12'

Muhammad Akmal Hakimi Mohd Naim 14'

Muhammad Shamsul Akmar Zamri 24'

Mohd Shafizzhudin Mohd Shafiee 26' 38'

Fatah Fathi Abdul Raiz 37'

 

KL CITY FC 3

Muhammad Shafiq Mohd Sharif 3'

A Kissheen 14'

Hazizi Mansor 20'

KUALA LUMPUR TPD 5

Muhammad Aliff Mohd Roslan 4'

Muhammad Zuhairi Faiz Fizal 7'

Dhiyaul Mohamad Ezdiaq Dawari 9'

Mohd Zahrin Ismail 11'

Muhammad Shahril Ahmad Nazri 29'

 

T-TEAM 4

Syed Shahrul Niezam Syed Abd Rahim 18'

Zulkarnain Abdul Majid 26'

Mohd Shafiliy Jusoh 30'

Mohd Zaid Mazalan 32'

MBPP 2

Mohd Norhamidrul Saleh 16' 37'

 

(KATEGORI WANITA)

 

ATM 3

Siti Hajar Mohd Nasir 14'

Justina Diminic 16'

Fatimah Mohamad 39'

SARAWAK 1

Suriana Yamlimut 34'

 

FELDA UNITED 5

Siti Asnidah Zamri 10'

Fatin Shahida Azmi 21'

Hanis Farhana Shamsul Azizan 22'

Nur Shazreen Munazli 35'

Zur'ain Kamarudin 37'

PERAK 1

Nur Shazreen Munazli  (GS) 37'

 

PDRM 3

Lovelytha Jelus 5'

Lanti Manggi (GS) 7'

Angela Kais 32'

KUALA LUMPUR ALLY GROUP 4

Naziratul Amira Ahmad Nasri 3'

Fasrina Amira Abdullah 6'

Nur Amira Mat Rasid 21'

Steffi Sarge Kaur 25'

 

* Langgan saluran rasmi youtube FAMTV bagi mengikuti video sedutan gol perlawanan LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA