LFK 2017: PAHANG TEWASKAN FELDA UNTUK TERUS TERAJU CARTA, MELAKA KEKAL REKOD BERSIH

2017-02-25

 Rekod bersih Felda United lebur di tangan pendahulu, Pahang setelah tumpas 5-4 pada perlawanan Sirkit 3 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Arena UPSI Tanjung Malim, Perak, hari ini.

 Kemenangan keempat Pahang itu membolehkan skuad Tok Gajah kekal menerajui carta LFK kategori lelaki dengan 12 mata daripada lima perlawanan.

 “Perlawanan tadi seimbang. Alhamdulillah, pemain mengikut corak taktikal yang ingin diterapkan iaitu; ‘counter attack’ kerana kita sudah tahu mereka bermain ‘ball possession’.

 “Saya tidak akan pandang rendah mana-mana pasukan kerana LFK ini macam-macam boleh terjadi. Saya berharap pemain-pemain akan menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di Pahang pada dua sirkit seterusnya,” kata jurulatih Pahang, Yazeed Hamzah.

 Melaka kendalian Mohamad I’sah Abdul Rahiman melonjak ke tangga kedua setelah berjaya mengekalkan rekod kemenangan setelah membelasah Kuala Lumpur TPD FC 5-1.

 Sementara itu, MBPP dan Kuala Lumpur Petaling Putra FC terpaksa akur berkongsi mata selepas terikat 3-3. Kuala Lumpur City FC pula beroleh kemenangan kedua selepas berjaya menewaskan T-Team 7-1 pada aksi terakhir, hari ini.

 Bagi kategori wanita, Felda United terus gah di persada LFK setelah berpesta gol menumpaskan PDRM 11-1. Keputusan itu menyaksikan The Fighters terus mendahului carta dengan mengumpul 9 mata maksimum selepas 3 perlawanan.

“Saya ingatkan kepada pemain-pemain untuk kekalkan momentum ini dan jangan tercicir walau satu mata pun pada saingan LFK ini,” kata jurulatih skuad wanita Felda United, Rozmin Musa.

 Perak di bawah kendalian Haffiz Shafiee melonjak ke tangga kedua selepas membelasah ATM 5-1 dengan enam mata manakala Kuala Lumpur Ally Group bimbingan Ismail Firdaus Khalid pula di tangga ketiga juga dengan enam mata setelah menumpaskan Sarawak 6-3.

Sirkit 3 akan bersambung esok di venue yang sama.

KEPUTUSAN HARI PERTAMA SIRKIT 3

 

LELAKI

 

PAHANG 5                     

Ahmad Shazni Hariz Mohd Noor 7’

Muhammad Fariq Mohammad 27’ 40’

Mohd Ridzwan Bakri 28’

Akmarulnizam Mohd Idris 34’

FELDA UNITED 4

Aidil Shahril Rosli 24’

Syed Aizad Daniel Syed Nasir 31’

Azri Rahman 37’ 38’

 

KUALA LUMPUR TPD 1

Al Haziq Adnan 34’

MELAKA 5

Saiful Nizam Mohamad Ali 14’

Saiful Aula Ahmad 17’

Firdaus Ambiah 28’

Abu Hanifah Hasan 29’

Ali Imran Hasan 30’ 

 

MBPP 3

Muhammad Zulkarnain Solong 11’ (gol sendiri)

Raswadi Hafiz Roslan 15’

Muhammad Haziq Mohd Yusoff 33’

KL PETALING PUTRA 3

Syurkery Mohamed 5’

Muhammad Amirul Sugito 13’

Shah Azman Ekmal Salleh 19’

 

T-TEAM 1

Ahmad Jazlan Jalil 3'

KL CITY FC 7

K Yakish Rao 7'

Hazizi Mansor 19'

Mohamad Fadilah Rajkafor 20'

Mohd Azrisham Mat Soom 21' 33'

A Kisheen 29'

10 36' 

 

WANITA 

 

ATM 1

Nur Atikah Abdul Wahab 11’

PERAK 5

Nur Aisyah Mohd Tahir 7’

Felicity Agnes Ng 9’

Nurul Mastura Hussin 11’

Nurul Hamira Mohd Yusri 33’

Nur Madihah Nadzari 34’

 

 

KL ALLY GROUP 6

Siti Syarizan Md Sani11’

Fasrina Amira Abdullah 13’ 13’ 20’

Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh 35’

Nurul Atiqah Jamal 40’

SARAWAK 3

Nur Azian Safiee 18’ 19’

Rabiah Bishriyah Abdul Kadir 40’

 

PDRM 1

Norsuriani Mazli 4’

FELDA UNITED 11

Hannani Adriana Shamsul Azizan 8’

Zur’ain Kamarudin 16’ 27’

Siti Noor Halimi Hussain 17’

Fatin Shahida Azmi 19’ 20’

Siti Khairani Mas Akher 23’

Nor Faizah Md Akhir 25’

Farahiyah Muhd Ridzuan 25’ 39’

Nur Shazreen Munazli 37’

 

* Langgan saluran rasmi youtube FAMTV bagi mengikuti video sedutan gol perlawanan LFK 2017: https://www.youtube.com/channel/UC20vnIGa_W4ofoLtKKzhvfA