MALAYSIA AKHIRI KEMPEN PIALA DUBAI 2017 DI TANGGA KE-5

2017-03-29

 Skuad Harimau Malaysia B-22 menamatkan saingan Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di tangga kelima selepas tumpas 0-4 kepada Jordan pada aksi terakhir di Stadium Police Officers Club, Dubai, malam tadi.

 Jordan bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit ke-2 permainan menerusi Khalid Waleed sebelum Ahmed Fawzi Alreyahi menggandakan jaringan 10 minit sebelum tamat babak pertama.

 Bersambung separuh masa kedua, pasukan ‘Al-Nashama’ itu menambah dua lagi gol melalui jaringan Suleiman Ali (minit ke-75) dan Wessam Abu Daubze (minit ke-81).

 Sementara itu, dua perlawanan lain menyaksikan Thailand dinobat juara selepas menewaskan Singapura 2-0 manakala China muncul naib juara selepas menang tipis 1-0 ke atas UAE.

 Sebagai rekod, Malaysia raih 1 mata pada aksi sulung menentang China (20 Mac), tewas 0-4 kepada Thailand (23 Mac), sebelum bangkit menang selesa 3-1 ke atas Singapura (26 Mac).

KEDUDUKAN AKHIR PASUKAN SELEPAS 4 PERLAWANAN

 

PASUKAN

P

M

S

K

G

B

MT

1.

THAILAND

4

3

0

1

9

3

9

2.

CHINA

4

2

2

0

4

3

8

3.

JORDAN

4

2

1

1

6

1

7

4.

UAE

4

2

0

2

6

3

6

5.

MALAYSIA

4

1

1

2

4

6

4

6.

SINGAPURA

4

0

0

4

1

11

0