MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN AKHIR KEJUARAAN B-19 AFC 2018

2017-11-09

Skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Indonesia selepas berjaya menempatkan diri di kalangan lima pasukan terbaik tempat kedua kumpulan dalam saingan kelayakan yang berakhir awal pagi tadi.

 Malaysia muncul naib juara Kumpulan F selepas tewas 3-0 kepada tuan rumah, Korea Selatan pada perlawanan terakhir di Stadium Paju, petang semalam.

 Keputusan sama ada Malaysia berjaya berada di kelompok lima teratas dari kalangan 10 pasukan tempat kedua kumpulan hanya terjawab pada awal pagi tadi selepas berakhir tiga perlawanan yang berlangsung di Asia Barat.

 Terdahulu pada tiga perlawanan awal Kumpulan F, Malaysia berjaya meraih tiga kemenangan berturut menewaskan Timor-Leste 3-1 pada 31 Oktober, Brunei 1-0 pada 4 November dan Indonesia 4-1 pada 6 November.

 10 pasukan yang layak selaku juara kumpulan terdiri daripada UAE, Tajikistan, Qatar, Arab Saudi, Jordan, Korea Selatan, China, Vietnam, Jepun dan Australia.

 Lima pasukan yang layak menerusi tiket lima pasukan tempat kedua terbaik pula adalah Iraq, Thailand, Korea Utara, Chinese Taipei dan Malaysia manakala Indonesia meskipun sekadar menduduki tempat ketiga Kumpulan F turut layak selaku tuan rumah.

 Pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018 itu dijadual berlangsung dari 18 Oktober hingga 4 November 2018.

 

SENARAI 23 PEMAIN SKUAD B-19 KEBANGSAAN:

 

BIL

NAMA

POSISI

UMUR

PASUKAN

1.

AHMAD TASNIM FITRI NASIR

DF

18

PIALA BELIA FELDA UNITED

2.

AZRI ABDUL GHANI

GK

18

PIALA BELIA FELDA UNITED

3.

ZAHRIL AZRI ZABRI

MF

18

PIALA BELIA FELDA UNITED

4.

ZHAFIR YUSOFF

MF

18

PIALA PRESIDEN KEDAH

5.

AKHYAR RASHID

MF

18

PIALA PRESIDEN KEDAH

6.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

MF

18

PIALA PRESIDEN KELANTAN

7.

SYAIFUL ALIAS

DF

18

PIALA PRESIDEN KELANTAN

8.

AZHAR APANDI

DF

18

PIALA PRESIDEN KUALA LUMPUR

9.

NABIL HAKIM BOKHARI

DF

18

PIALA PRESIDEN KUALA LUMPUR

10.

NURFAIS JOHARI

MF

18

PIALA PRESIDEN PULAU PINANG

11.

K THIVANDARAN

MF

18

PIALA PRESIDEN PULAU PINANG

12.

SHAFIZI IQMAL MD KHIRUDIN

MF

18

PIALA BELIA PKNS FC

13.

SHIVAN PILLAY ASOKAN

DF

17

PIALA BELIA PKNS FC

14.

SAIFUL ISKANDAR ADHA SAIFUL AZLAN

MF

18

PIALA BELIA SELANGOR

15.

AIMAN ARIP ZULKARNAIN

GK

18

PIALA BELIA SELANGOR

16.

HADI FAYYADH ABDUL RAZAK

FW

17

LIGA PREMIER JDT II

17.

ZAFUAN AZEMAN

FW

18

LIGA PREMIER PERLIS

18.

AMMAR AKHMALL ALIAS

MF

18

PIALA FAM FELCRA FC

19.

ANWAR IBRAHIM

DF

18

PIALA PRESIDEN FELDA UNITED

20.

SHAFIQ AFIFI SUHAIMI

GK

18

PIALA PRESIDEN PKNP FC

21.

IZZUDDIN ROSLAN

MF

18

PIALA BELIA KUALA LUMPUR

22.

SYAFIQ DANIAL ROMZI

DF

18

PIALA BELIA TERENGGANU

23.

AL IMRAN ABDUL HALIM

DF

18

LIGA IPT – UITM