MALAYSIA NAIB JUARA KEJUARAAN B-18 AFF 2017

2017-09-18

Skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak muncul naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 selepas tewas 2-0 kepada Thailand pada perlawanan akhir di Stadium Thuwunna YTC, Yangon, Myanmar, malam tadi.

 Terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Thailand berjaya memperoleh dua gol pantas pada awal babak kedua menerusi jaringan Ekanit Panya pada minit ke-48 dan Kritsada Kaman minit ke-51.

 Terdahulu Malaysia muncul juara Kumpulan A selepas menang empat perlawanan berturut menewaskan Laos 4-1, Singapura 3-1, Timor-Leste 3-0 dan Kemboja 2-0 sebelum seri 1-1 dengan Thailand pada aksi terakhir.

 Pada separuh akhir, Malaysia berjaya menyingkirkan tuan rumah, Myanmar apabila memenangi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas terikat 0-0.

 Maklumat penuh kejohanan boleh diperoleh di http://www.aseanfootball.org/v2/competitions-2/affu19-championship-2011/...

 

SENARAI NAMA PEMAIN & PEGAWAI PASUKAN MALAYSIA B-18: