MISC PERTAHAN PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH

2016-04-16

MISC berjaya mempertahankan Piala Tun Sharifah Rodziah selepas menumpaskan Sabah 3-2 di Stadium Mini Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah, petang tadi.

Skuad kendalian Ananthan M Raman itu bermula langkah kanan apabila menjaringkan dua gol menerusi Sihaya Ajad pada minit ke-8 dan Haindee Mosroh pada minit ke-13.

Tersentak, Sabah meledak dua gol dalam tempoh 14 minit menerusi Shereilynn Elly Pius pada minit ke-15 dan Jaciah Jumilis pada minit ke-29 untuk kedudukan kekal 2-2 hingga berakhir babak pertama.

Bagaimanapun, MISC menjaringkan gol kemenangan menerusi pemain sayap, Dadree Rofinus pada minit ke-76 dan sekali gus mengecewakan skuad Sabah bimbingan Smith M Ampuling.

Penjaring gol kemenangan, Dadree Rofinus turut dipilih sebagai ‘Pemain Terbaik Perlawanan Akhir’ tatkala peledak gol MISC, Haindee Mosroh dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan dengan jumlah jaringan sebanyak 14 gol.

Sementara itu, pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat yang berlangsung di venue yang sama pagi tadi, Kedah menumpaskan Sarawak 1-0 menerusi jaringan tunggal pemain tengah, Nurul Ashikin Mohd Jasrie pada minit ke-65. Kemenangan tersebut membolehkan skuad Hijau Kuning meraih tempat ketiga.

KEPUTUSAN HARI INI

PENENTUAN TEMPAT KETIGA/KEEMPAT

KEDAH 1

Nurul Ashikin Mohd Jasrie 65’

SARAWAK 0

 

PERLAWANAN AKHIR

 

SABAH 2

Shereilynn Elly Pius 15’

Jaciah Jumilis 29’

MISC 3

Sihaya Ajad 8’

Haindee Mosroh 13’

Dadree Rofinus 76’

 

SENARAI PEMENANG PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016

 

JUARA: MISC

NAIB JUARA: SABAH

TEMPAT KETIGA: KEDAH

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN AKHIR: DADREE ROFINUS (MISC)

PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN: HAINDEE MOSROH (MISC)