PERSAHABATAN ANTARABANGSA: MALAYSIA B-22 1-2 BAHRAIN B-22

2016-09-01

Skuad Projek Sukan SEA 2017 tumpas 2-1 pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Bahrain Bawah 22 tahun (B-22) di Stadium UiTM Shah Alam, petang tadi.

Hazza Ali Mubarak meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-53 sebelum skuad bimbingan Frank Bernhardt bangkit selang seminit kemudian menerusi jaringan penyamaan pemain gentian, S Kumaahran yang berjaya menyudahkan hantaran silang Nur Shamie Iszuan Amin.

Bagaimanapun, Hazza mengesahkan kemenangan milik skuad kendalian Marjan Eid melalui jaringan penalti pada minit ke-90 susulan tindakan ketua pasukan Malaysia, Faris Shah Rosli menjatuhkan Ibrahim Malood.

Pada aksi sebelum ini yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada Selasa lalu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-22, FRANK BERNHARDT

"Kami tidak sepatutnya tewas dalam perlawanan ini tetapi kesalahan individu telah menghukum pasukan kami dan saya katakan mereka tidak bermain sebaik perlawanan pertama mereka kerana keadaan padang yang tidak begitu baik.   

"Saya tidak panik dengan kekalahan ini tetapi ia merupakan ujian yang baik untuk pemain sebelum beraksi di Sukan SEA tahun depan."