PIALA AIRMARINE 2019: HARIMAU MALAYA DIUNDI BERTEMU SINGAPURA

2019-03-04

Majlis Undian Piala AIRMARINE 2019 telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Ia telah dihadiri oleh Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Pengerusi Eksekutif AIRMARINE Malaysia, Datuk Ananth S Nathan.

Turut hadir Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi; Exco FAM, Christopher Raj dan Pengarah Urusan ProEvents International, San Boon Wah.

Undian menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu Singapura pada Rabu 20 Mac 2019, jam 8.45 malam. Terdahulu pada jam 4.30 petang, Oman akan menentang Afghanistan.

Pemenang akan bertemu pada aksi final pada Sabtu 23 Mac 2019, jam 8.45 malam dan dua pasukan yang tewas pula bakal beraksi pada perlawanan tempat ketiga dan keempat, jam 4.30 petang.

Kesemua perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Berdasarkan ranking semasa FIFA, Oman berada di kedudukan ke-90 dunia diikuti Afghanistan (147), Singapura (165) dan Malaysia (167).