PIALA FAM 2017: MOF FC, SAMB FC RAMPAS TANGGA TERATAS

2017-03-20

 MOF FC dan SAMB FC masing-masing berjaya merampas kedudukan teratas saingan Kumpulan A dan B selepas menewaskan Hanelang FC dan Sime Darby FC pada aksi keempat Piala FAM 2017, semalam.

 Di Stadium Mini INSPEN, Bangi, MOF FC bimbingan S Balachandran meraih kemenangan selesa ke atas pasukan tercorot, Hanelang FC 5-0 untuk kini mendahului carta dengan 10 mata mengatasi pencabar terdekat di tangga kedua, UKM FC kendalian Sulaiman Hussin dengan 8 mata yang sekadar seri 0-0 dengan tangga ketiga, Shahzan Muda FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang.

 Pada satu lagi aksi Kumpulan A, Felcra FC bimbingan Yusri Che Lah naik ke tangga keempat setelah mencatat kemenangan 1-0 ke atas pasukan baharu, KSDBKL di Stadium Arena UM, Kuala Lumpur.

 Bagi saingan Kumpulan B, pendahulu sebelum ini Sime Darby FC terpaksa merelakan kedudukan mereka dirampas SAMB FC kendalian G Torayraju selepas mereka tewas 2-1 di laman sendiri, Padang Bukit Jelutong, Shah Alam.

 Sementara itu, PJ Rangers FC di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Mat Zan Mat Aris pula melonjak ke tangga kedua setelah meraih kemenangan kedua berturut menumpaskan Kuching FA 2-1 di Stadium Negeri, Kuching manakala satu lagi perlawanan menyaksikan PBMS FC mencatat kemenangan sulung selepas menewaskan Penjara FC di Stadium Utama, Kuala Selangor.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN 4 PIALA FAM 2017

 

‪KUMPULAN A

 

KSDBKL 0

FELCRA FC 1

Mohamad Shafiq Azmi 36’

 

SHAHZAN MUDA FC 0

UKM FC 0

 

MOF FC 5

Aikal Aiman Azlan 20’ 65’

Rudie Ramli 35’ 73’

Mohd Akmal Mohd Noor 57’

HANELANG 0

 

KUMPULAN B

PBMS FC 2

R Thivagar 45’+1

Mohd Fadli Baharuddin 71’

PENJARA FC 1
Zulhelmy Jumai 90’+1

 

KUCHING FA 1

Mohd Shafitri Salim 89’

PJ RANGERS FC 2

Fandi Ahmad 10’

Khairul Naim Mahyuddin 45’+2

 

SIME DARBY FC 1

Tengku Qaiyum Ubaidilah Tengku Ahmad 78’

SAMB FC 2

Mohd Yusri Abas 26’

P Haresh 36’