PIALA FAM 2017: UKM FC, MOF FC & SIME DARBY FC KEKAL REKOD KEMENANGAN

 2017-02-27

 UKM FC, MOF FC dan Sime Darby meneruskan rentak kemenangan setelah menewaskan lawan masing-masing pada aksi kedua Piala FAM 2017, semalam.

 Bagi saingan Kumpulan A, UKM FC dan MOF FC berkongsi kedudukan teratas selepas mengumpul 6 mata daripada dua perlawanan.

 UKM FC kendalian Sulaiman Hussin meraih kemenangan tipis 4-3 ke atas MPKB-BRI-UBES FC pada perlawanan yang cukup sengit di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan untuk mendahului carta di atas kelebihan perbezaan gol.

 MOF FC bimbingan S Balachandran turut melakar kemenangan kedua menewaskan Shahzan Muda FC 1-0 di Stadium Mini INSPEN, Bangi untuk menduduki tangga kedua.

 Sementara itu, Felcra FC kendalian Yusri Che Lah berjaya kemenangan sulung musim ini selepas menang 1-0 ke atas pasukan yang layak ke suku akhir musim lalu,  Kelab Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM FC) di Stadium Mini Kompleks Sukan Keningau, Sabah.  

 Pada satu lagi aksi kumpulan itu, KSDBKL berjaya menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk menumpaskan Hanelang FC 2-0 di Stadium Mini UKM, Bangi bagi menduduki tangga keenam dengan tiga mata.

 Bagi saingan Kumpulan B, Sime Darby FC yang kini dibimbing Ahmad Yusoff meraih kemenangan kedua setelah menewaskan juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) tahun lepas, Kuching FA 1-0 di Padang Bukit Jelutong, Shah Alam untuk kekal menerajui carta dengan 6 mata maksimum.

 SAMB FC kendalian G Torayraju pula melonjak ke tangga kedua selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) FC di Stadium Utama, Kuala Selangor.  

 Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu City FC dan PJ Rangers FC terpaksa akur berkongsi mata setelah terikat seri tanpa jaringan.

  Seterusnya, perlawanan ketiga Piala FAM akan berlangsung pada Ahad ini (5 Mac 2017).

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN 2 PIALA FAM 2017

 

KUMPULAN A

 

KSDBKL 2

Muhammad Ikram Ibrahim 14’

Mohd Syafiq Mohd Pauzee 59’

HANELANG 0

 

KDMM FC 0

FELCRA FC 1

Mohd Haziq Mu’izi Abdul 39’

 

 

MOF FC 1

Mohd Farizal Rozali 76’

SHAHZAN MUDA FC 0

 

MPKB-BRI UBES FC 3

Muhamad Khairudin Ramli 76’ 87’

Muhd Raim Azmi 90’

UKM FC 4

Helmi Hariri Ibrahim 1’

Muhd Hasrol Nurkholis 9’ 66’ 84’

 

KUMPULAN B

 

PBMS FC 0

SAMB FC 2

Shakir Samad 56’

Muhammad Asyraf Abdul Talib 90’+1

 

SIME DARBY FC 1

Mohd Nazrul Kamaruzaman 18’

KUCHING FA 0

 

TERENGGANU CITY FC 0

PJ RANGERS FC 0