PIALA FAM: MISC-MIFA, PKNP FC GAGAL MANFAAT BERAKSI DI TEMPAT SENDIRI

Juara Kumpulan A dan B, MISC-MIFA dan PKNP FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila masing-masing terikat seri pada aksi separuh akhir pertama Piala FAM 2016, semalam.

Bekas pemain kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri meletakkan AirAsia Allstars FC di hadapan pada masa tambahan babak pertama sebelum MISC-MIFA kendalian Jacob Joseph bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi gol penyerang berusia 20 tahun, Thipen Raj pada minit ke-80 untuk kedudukan muktamad 1-1 di Stadium USIM, Nilai.

Keputusan itu membolehkan skuad bimbingan P Maniam membawa kelebihan gol di tempat lawan ke aksi kedua di Stadium Shah Alam, 9 Oktober ini.

Pada satu lagi aksi separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah, PKNP FC kendalian Abu Bakar Fadzim terpaksa akur dengan keputusan seri 0-0 dengan Felcra FC bimbingan Yusri Che Lah.

Kedua-dua pasukan akan beraksi pada perlawanan kedua di Stadium Arena UM, Kuala Lumpur, 9 Oktober ini.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

MISC-MIFA 1

Thipen Raj 80’

AIRASIA ALLSTARS FC 1

Khyril Muhymeen Zambri 45+1’

 

PKNP FC 0

FELCRA FC 0