PIALA PRESIDEN 2017: SELANGOR, TERENGGANU KE FINAL MENERUSI PERATURAN GOL TEMPAT LAWAN

2017-10-07

Naib juara Kumpulan A dan B, Terengganu dan Selangor bakal berentap pada pentas final Piala Presiden 2017 selepas kedua-dua pasukan mara menerusi peraturan gol tempat lawan pada aksi separuh akhir kedua, malam tadi.

 Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Terengganu kendalian Mustaffa Kamal Abd Wahab berjaya mengikat juara bertahan, Kelantan bimbingan Hashim Mustapha 2-2 untuk layak menerusi kelebihan gol di tempat lawan (agregat 3-3) selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi pertama di Kuala Terengganu, Ahad lalu (1 Oktober).

 Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Selangor yang dibimbing Omar Ali berjaya mencatat keputusan seri 1-1 dengan juara Kumpulan A, Kedah kendalian Victor Andrag untuk turut mara berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan (agregat 1-1) selepas seri 0-0 pada aksi pertama di Selayang, Isnin lalu (2 Oktober).

 Dalam laluan ke final, Terengganu terdahulu telah menyingkirkan naib juara musim lalu, T-Team pada suku akhir menerusi agregat 3-2 sementara Selangor yang kandas pada separuh akhir musim lalu berjaya mengetepikan JDT III pada suku akhir menerusi agregat 2-0.

 Final pertama akan berlangsung pada Khamis ini, 12 Oktober dengan Selangor melayan kunjungan Terengganu di laman sendiri sebelum final kedua dijadual berlangsung pada Khamis, 19 Oktober di Kuala Terengganu.

 

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR 2

JUMAAT, 6 OKTOBER 2017

 

KEDAH 1

Suhaimie Saad 15'

SELANGOR 1

Faizzudin Abidin 20'

* Selangor menang gol tempat lawan, agregat 1-1

 

KELANTAN 2

Nik Azli Nik Alias 67' Danial Ashraf Abdullah 87'

TERENGGANU 2

Haidhir Suhaini 72' 74'

* Terengganu menang gol tempat lawan, agregat 3-3