SAINGAN PIALA PRESIDEN 2017 BUKA TIRAI, 23 FEBRUARI

2017-02-14

Saingan liga bawah 21 tahun kebangsaan, Piala Presiden 2017 bakal membuka tirai saingannya pada 23 Februari ini dengan menyaksikan lima perlawanan Kumpulan A dan lima perlawanan Kumpulan B akan berlangsung membabitkan 20 pasukan bertanding musim ini.

 Bagi saingan Kumpulan A, juara dua musim berturut pada 2015 dan 2016, Kelantan yang masih kekal di bawah kendalian Hashim Mustapha bakal membuka kempen berdepan pasukan yang kandas pada suku akhir musim lalu, Johor Darul Ta'zim III bimbingan Ervin Boban di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

 Satu lagi pasukan yang turut kandas pada suku akhir musim lalu, Kedah kendalian Victor Andrag akan menanti kunjungan jiran mereka, Pulau Pinang bimbingan Manzoor Azwira Abd Wahid di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

 Terengganu yang turut mara hingga suku akhir musim lalu kini di bawah bimbingan bekas pemangku jurulatih skuad Liga Super Terengganu musim lalu, Mustaffa Kamal Abd Wahab bakal berdepan PDRM kendalian Ishak Kunju Mohamad di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

 Felda United pula yang kini dibimbing bekas jurulatih skuad Piala Belia mereka musim lalu, Ahmad Shahrul Azhar Sofian akan terbang ke Kuching untuk bertemu Sarawak kendalian S Veloo di Stadium Negeri.

 UiTM FC yang mendapat sentuhan bekas pemain Selangor, Anuar Abu Bakar akan bertandang ke Stadium Mini UTeM, Ayer Keroh untuk bertemu Melaka bimbingan Hamdan Mohamad.

 Bagi saingan Kumpulan B pula, naib juara musim lalu, T-Team yang kini dibimbing bekas jurulatih skuad Piala Belia Kelantan musim lalu, Tengku Hazman Raja Hassan akan beraksi di tempat lawan berdepan pasukan yang kandas di separuh akhir musim lalu, Selangor kendalian Omar Ali di Stadium Mini Salak Tinggi.

 Satu lagi pasukan yang kandas di separuh akhir musim lalu, Perak kendalian Sayuddin Mohd Isa akan berdepan PKNS FC bimbingan Ridzuan Abu Shah di Stadium UPSI, Tanjung Malim.

 Pahang kendalian Fuz Zemi Ibrahim yang mara ke suku akhir musim lalu bakal menanti kunjungan Negeri Sembilan yang kini dibimbing bekas jurulatih skuad Piala Presiden Felda United musim lalu, Sazali Saidun di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

 Sabah yang masih mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman, Justin Ganai pula akan menyambut kehadiran pasukan baharu, PKNP FC kendalian A Pugelenthi di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

 Sementara Kuala Lumpur yang kini dibimbing bekas jurulatih SSMP B-17 musim lalu, Khalid Shahdan bakal bertandang ke Stadium Mini MINDEF, Kuala Lumpur untuk bertemu ATM.

 Saingan peringkat kumpulan bagi Piala Presiden 2017 bakal berlangsung selama 18 minggu sehingga 31 Julai depan.

 Selepas itu, empat pasukan teratas setiap kumpulan akan meneruskan cabaran bagi saingan kalah mati suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir, kesemuanya secara format timbal balik.

 

JADUAL HARI PERLAWANAN 1

KHAMIS, 23 FEBRUARI 2017

 

KUMPULAN A

 

JOHOR DARUL TA'ZIM III lwn KELANTAN

Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, 4.45 ptg

 

KEDAH lwn PULAU PINANG

Stadium Darul Aman, Alor Setar, 4.45 ptg

 

TERENGGANU lwn PDRM

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 4.45 ptg

 

SARAWAK lwn FELDA UNITED

Stadium Negeri, Kuching, 4.15 ptg

 

MELAKA lwn UITM FC

Stadium Mini UTeM, Ayer Keroh, 4.45 ptg

 

KUMPULAN B

 

SELANGOR lwn T-TEAM

Stadium Mini Salak Tinggi, 4.45 ptg

 

PAHANG lwn NEGERI SEMBILAN

Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, 4.45 ptg

 

PERAK lwn PKNS FC

Stadium UPSI, Tanjung Malim, 4.45 ptg

 

SABAH lwn PKNP FC

Stadium Likas, Kota Kinabalu, 4.15 ptg

 

ATM lwn KUALA LUMPUR

Stadium Mini MINDEF, Kuala Lumpur, 4.45 ptg