SELAMAT MAJU JAYA KEPADA FAM - TUNKU ISMAIL

2018-03-25

Setelah peletakan jawatan saya sebagai Presiden, saya syorkan Datuk Wira Yusoff Mahadi dilantik sebagai Pemangku Presiden FAM sehingga kongres ke-64 FAM pada 14 Julai 2018.

Pada pendapat saya, calon paling layak untuk menerajui FAM selepas itu adalah Setiausaha Agung FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang telah sekian lama berkhidmat untuk bolasepak tanah air.

Jika kita lihat FIFA juga, Presiden-Presiden juga datang dari kalangan Setiausaha Agung kerana mereka amat memahami sistem pentadbiran bola sepak.

Saya juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan Dato' Haji Hamidin dan ini akan memudahkan lagi kerjasama di antara FAM dan Malaysian Football League (MFL).

Jika Dato' Haji Hamidin dipilih sebagai Presiden FAM oleh ahli gabungan, saya akan memberi sokongan penuh kepada beliau dan memastikan pendapatan FAM terjamin.

Saya berharap semua ahli gabungan akan menyokong Dato' Haji Hamidin sebagai Presiden FAM.

 

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Mantan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia

 

———

 

ALL THE BEST TO FAM - TUNKU ISMAIL

 

Following my resignation as President, I would like to recommend Datuk Wira Yusoff Mahadi to be appointed as Acting FAM President until the 64th FAM Congress on 14 July 2018.

In my opinion, the most qualified candidate to lead the FAM afterwards is FAM General Secretary, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, who has served Malaysian football for a long time.

If we look at FIFA, some of their Presidents came from the General Secretary background because they understand football administration.

I also have a very good relationship with Dato' Haji Hamidin and this will faciliate the partnership between the FAM and Malaysian Football League (MFL).

If Dato' Haji Hamidin is voted as FAM President by affiliates, I will give my full support to him and ensure the FAM's income is secure.

I hope all affiliate members will support Dato' Haji Hamidin as FAM President.

 

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Former President of Football Association of Malaysia