2017-03-10
Berikut senarai 18 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 2 skuad futsal lelaki kebangsaan, Harimau Malaysia bagi tahun 2017 bermula 22 Mac ini (Rabu) hingga 31 Mac 2017 (Jumaat) di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Ia sebagai persiapan awal skuad futsal Harimau Malaysia bagi menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pada Ogos depan.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
ABU HANIFFA HASSAN |
26 |
MELAKA |
2. |
MUHAMMAD AWALUDDIN HASSAN |
26 |
MELAKA |
3. |
MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN |
30 |
MELAKA |
4. |
SAIFUL AULA AHMAD |
25 |
MELAKA |
5. |
MOHD FIRDAUS RAZALI |
33 |
MELAKA |
6. |
SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI |
26 |
MELAKA |
7. |
YAZID KAMARUZUAN |
25 |
MELAKA |
8. |
AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ |
30 |
FELDA UNITED |
9. |
MUHAMMAD AZRI RAHMAN |
23 |
FELDA UNITED |
10. |
MOHD AZWANN ISMAIL |
25 |
FELDA UNITED |
11. |
SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR |
21 |
FELDA UNITED |
12. |
MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI |
20 |
FELDA UNITED |
13. |
MOHD AWALLUDIN MAT NAWI |
19 |
PERAK |
14. |
MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN |
20 |
PERAK |
15. |
MUHAMAD ARIF JOHAN JOHARI |
24 |
KUALA LUMPUR TPD |
16. |
AHMAD JAZLAN JALIL |
29 |
T-TEAM |
17. |
AKMARULNIZAM MOHD IDRIS |
26 |
PAHANG |
18. |
MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH |
26 |
KL CITY FC |
Seramai 13 daripada 14 pemain dari skuad kebangsaan ketika meraih tempat ketiga Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok, Januari lalu dikekalkan kecuali Mohd Ridzwan Bakri yang terpaksa diketepikan kerana melangsungkan perkahwinan pada tarikh kem latihan pusat berkenaan.
Bagi melengkapkan senarai 18 pemain untuk panggilan kali ini, Chun Yong telah menyenaraikan lima lagi pemain termasuk empat muka baharu iaitu Yazid Kamaruzuan (Melaka), Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak), Muhamad Arif Johan Johari (Kuala Lumpur TPD) dan Ahmad Jazlan Jalil (T-Team) serta penjaga gol, Muhammad Syafiq Hamzah (KL City FC) yang pernah dipanggil sebelum ini.
Sementara sembilan pemain berada dalam senarai menunggu jika terdapat mana-mana pemain dari senarai di atas mengalami kecederaan termasuk enam pemain dari skuad B-20 negara – Muhd Amirul Sugito (KL Petaling Putra), Shah Azman Ekmal Saleh (KL Petaling Putra), Nur Hazim Suleiman (Perak), Mohamad Umarul Hakimi Nasarudin (Perak), Muhammad Saad Sani (Melaka) dan Ahmad Aqil Khalis Adli Khairul (Kelantan).
Turut dalam senarai menunggu – Muhammad Asyraf Borhanuddin, 25, (KL Petaling Putra), Hazizi Mansor, 24, (KL City) dan Muhammad Shamsul Akmar Zamri, 26, (Pahang).
Dalam pada itu, Chun Yong yang turut bertanggungjawab mengendalikan skuad B-20 negara telah menyenaraikan 20 pemain untuk kem latihan Fasa 2 skuad B-20 negara di Wisma FAM bermula Isnin ini (13 Mac) hingga Jumaat (17 Mac) bagi persiapan awal menghadapi Kejuaraan Futsal B-20 AFC 2017 di Bangkok, Thailand dari 9 hingga 21 Mei 2017.
Chun Yong mengekalkan 18 pemain daripada kem latihan Fasa 1 yang telah berlangsung pada 20 hingga 25 Februari lalu termasuk Aidil Shahril, Mohd Awalludin dan Muhammad Farikh dengan hanya memanggil dua pemain baharu kali ini – Ahmad Harith Naim Mohd Nasir (Kuantan Rangers) dan Fakhrul Islam Anizam (Politeknik Shah Alam) bagi menggantikan tempat Amirrul Izzad Adang (T-Team) dan Muhammad Asfa Mohd Abiddin (Kelantan).
KOMEN KETUA JURULATIH FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN, CHIEW CHUN YONG
"Kem latihan 10 hari ini akan saya gunakan untuk mencuba kombinasi pemain-pemain baharu ini yang terdiri daripada beberapa pemain muda dan senior untuk saya melihat bagaimana mereka mampu menyesuaikan diri dengan pemain sedia ada dalam skuad kebangsaan ini.
"Kita sedang mendapatkan pengesahan daripada dua atau tiga pasukan tempatan untuk diadakan perlawanan persahabatan sepanjang kem latihan pusat berkenaan. Mungkin tiga perlawanan atau paling kurang pun dua perlawanan.
"Saya mengekalkan semua pemain dari skuad AFF kecuali Ridzwan kerana dia melangsungkan perkahwinan.
"Lima muka baharu termasuk Syafiq yang pernah dipanggil sebelum ini saya pilih berdasarkan prestasi semasa mereka sepanjang tiga sirkit awal Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 yang saya pantau bersama pembantu saya.
"Saya mahu beri peluang untuk mereka menunjukkan dalam kem latihan pusat ini sama ada mereka dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan di peringkat skuad kebangsaan.
"Bagi kem latihan pusat skuad B-20 negara pula, saya panggil dua pemain baharu ini kerana pada fasa pertama yang lalu saya hanya dapat memanggil 20 pemain. Jadi kali ini saya gugurkan dua pemain dan masukkan dua pemain baharu ini bagi menilai kemampuan mereka."