SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 2 SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA

 Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Mohd Fairuz Mohd Noor untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 2 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 26 November ini (Sabtu).

 Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017 selain Kejuaraan Futsal Wanita AFC dan Sukan Indoor Asia yang turut bakal berlangsung tahun depan.

BIL.

NAMA

UMUR

PASUKAN

1.

FATIN SHAHIDA AZMI

25

MPSJ FC

2.

NUR SHAZREEN MUNAZLI

23

MPSJ FC

3.

NUR SYUHADAH KAMARUDZAMAN

26

MPSJ FC

4.

NAZIRATUL AMIRA AHMAD NAZRI

28

MPSJ FC

5.

SITY NORAZIZAH JAMAL

26

SELANGOR

6.

NUR IZZATI KHAIRUDIN

28

SELANGOR

7.

ZUR’AIN KAMARUDIN

19

SELANGOR

8.

FARAH NAJIHAH ABDUL AZIZ

28

FELDA UNITED

9.

NURUL ATIQA ZALFULIZAN

20

FELDA UNITED

10.

FARAHIYAH MUHD RIDZUAN

23

FELDA UNITED

11.

NORHAWA MD YASIN

23

FELDA UNITED

12.

HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN

24

FELDA UNITED

13.

NUR AISYAH MOHD TAHIR

24

PERAK

14.

FADHATUL NAJWA NURFARAHAIN AZMI

21

PERAK

15.

NOORASYIEMAH MOHD RASHID

22

PERAK

16.

NURALIN SHAFIKA OMAR

25

KEDAH

17.

NUR MADIHAH NADZARI

24

KEDAH

18.

NOORHIDAYAH MD AMIN

29

KUALA LUMPUR

19.

NOR FAIZAH MD AKHIR

21

UM

20.

NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI

24

UTHM

 Senarai pemain kali ini menyaksikan seramai 18 pemain dikekalkan daripada skuad 20 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini. Dua muka baharu yang dipanggil terdiri daripada Hanis Farhana Shamsul Azizan (Felda United) dan Nur Syuhadah Kamarudzaman (MPSJ FC).

 Sementara itu, lima pemain - Noor Asyikin Mohamad Noor (Felda United), Siti Aznidah Zamri (Selangor), Zawani Nisha Habib Rahman (Felda United), Nur Syazwina Shuib (Kedah) dan Fasrina Amira Amir Hamzah (Negeri Sembilan) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.

 Kem latihan pusat Fasa 2 ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 26 November hingga 5 Disember 2016 di KSL Sports Puchong.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA, MOHD FAIRUZ MOHD NOOR

“Alhamdulillah daripada pemerhatian saya, latihan pusat Fasa 1 berjalan lancar cuma saya berharap para pemain akan lebih cepat memahami aspek taktik serta teknikal yang akan diterapkan pada kem latihan kali ini.

“Fifi Zainee telah mengalami kecederaan serius iaitu kecederaan lutut (ACL) dan digantikan oleh Syuhadah manakala Syazwina Shuib pula digantikan oleh Hanis yang juga merupakan seorang pemain senior.

“Ya, perlawanan persahabatan ada dalam perancangan kita bagi kem latihan kedua ini. Berkemungkinan besar kita akan menentang pasukan futsal lelaki bawah 16 atau bawah 17 tahun.”