2018-03-14
Berikut adalah senarai 20 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Addie Azwan Zainal untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 14 Mac di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, Kelana Jaya bagi persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 yang dijadual berlangsung pada 2 hingga 12 Mei 2018 di Bangkok, Thailand.
BIL. |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1 |
MASTURAH BINTI MAJID |
28 |
SABAH |
2 |
ASMA BINTI JUNAIDI |
26 |
SABAH |
3 |
RABIAH BISHRIYAH BINTI ABDUL KADIR |
20 |
SARAWAK |
4 |
NURUL HAMIRA YUSMA BINTI MOHD YUSRI |
26 |
PERAK |
5 |
NUR HANIZA BINTI SAARANI |
22 |
PERAK |
6 |
NUR FADHILAH BINTI SHAIK SHAHARUDDIN |
23 |
PERAK |
7 |
NOORASYIEMAH BINTI MOHAMAD RASHID |
24 |
PERAK |
8 |
SYAZALINA BINTI MOHD AFFANDI |
27 |
PERAK |
9 |
WAN ZUFIRAH BINTI MOHD NASIR |
25 |
SELANGOR UNITED MPSJ |
10 |
NUR SHAZREEN BINTI MUNAZLI |
25 |
SELANGOR UNITED MPSJ |
11 |
NORHAWA BINTI MD YASIN |
25 |
SELANGOR UNITED MPSJ |
12 |
STEFFI SARGE KAUR A/P SERGEANT SINGH |
30 |
SELANGOR UNITED MPSJ |
13 |
MASYITA BINTI MOHD TAJIB |
29 |
NEGERI SEMBILAN |
14 |
ZAWANI NISHA BINTI HABIB RAHMAN |
29 |
KL FELDA UNITED FC |
15 |
NUR IZZATI BINTI KAHIRUDIN |
30 |
KL FELDA UNITED FC |
16 |
HANIS FARHANA BINTI SHAMSUL AZIZAN |
26 |
KL FELDA UNITED FC |
17 |
SITI ASNIDAH BINTI ZAMRI |
19 |
KL FELDA UNITED FC |
18 |
ZUR’AIN BINTI KAMARUDIN |
21 |
KL FELDA UNITED FC |
19 |
INTAN SARAH ANISAH BINTI ZULGAFLI |
19 |
KL FELDA UNITED FC |
20 |
SITI NUR ATIQAH BINTI RASHID |
26 |
KL FELDA UNITED FC |
Daripada senarai di atas, hanya sembilan pemain dari skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kendalian jurulatih terdahulu, Muizzudin Haris telah dikekalkan iaitu Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri, Noorasyeimah Mohamad Rashid, Nur Shazreen Munazli, Norhawa Md Yasin, Steffi Sarge Kaur, Hanis Farhana Shamsul Azizan, Siti Asnidah Zamri, Zur'ain Kamarudin dan Intan Sarah Anisah Zulgafli.
Seramai 11 pemain baharu telah dipanggil Addie Azwan bagi melengkapkan senarai 20 pemain bagi kem latihan pusat kali ini termasuk tiga pemain yang beraksi bersama skuad bola sepak wanita kebangsaan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 iaitu penjaga gol, Asma Junaidi serta Masturah Majid dan Nur Haniza Saarani.
Sementara itu, lima pemain – Nur Madihah Binti Nadzari dan Felicity Agnes Ng (Perak), Fatin Shahida Binti Azmi (Selangor United MPSJ FC), Nor Faizah Binti Md Akhir (KL Felda United FC) dan Fasrina Amira Binti Abdullah (KL Imigresen) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.
Selain berlatih di Wisma FAM, skuad futsal wanita kebangsaan juga akan berlepas ke Indonesia bulan depan bagi menjalankan latihan luar negara dan perlawanan persahabatan antarabangsa selama seminggu.
Pada Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 nanti, skuad futsal wanita kebangsaan yang diundi dalam Kumpulan B akan membuka tirai saingan menentang Bangladesh pada 2 Mei, sebelum bertemu Chinese Taipei pada 4 Mei dan Vietnam pada 6 Mei. Ketiga-tiga perlawanan akan diadakan di Bangkok Arena.
Pada edisi pertama iaitu pada tahun 2015 di Nilai, Negeri Sembilan, skuad futsal wanita kebangsaan berjaya mengakhiri kempen di tempat keempat.