SENARAI 24 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA BERMULA 3 SEPTEMBER 2018

2018-08-28

Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Isnin, 3 September 2018 bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Chinese Taipei di Taipei City pada 7 September dan bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 10 September 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

NAZMI FAIZ MANSOR

24

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

SYAFIQ AHMAD

23

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

SAFAWI RASID

21

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

ADAM NOR AZLIN

22

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

FARIZAL MARLIAS

32

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

FAZLY MAZLAN

25

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM II

7.

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

25

PENJAGA GOL

PERAK

8.

SHAHRUL SAAD

25

PERTAHANAN

PERAK

9.

AMIRUL AZHAN AZNAN

25

PERTAHANAN

PERAK

10.

NASIR BASHARUDIN

28

TENGAH

PERAK

11.

RIZAL GHAZALI

26

PERTAHANAN

KEDAH

12.

AKRAM MAHINAN

25

TENGAH

KEDAH

13.

SYAZWAN ZAINON

29

TENGAH

KEDAH

14.

AKHYAR RASHID

19

TENGAH

KEDAH

15.

ZAQUAN ADHA ABD RADZAK

31

PENYERANG

KUALA LUMPUR

16.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

22

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

17.

IRFAN ZAKARIA

23

TENGAH

KUALA LUMPUR

18.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

PENJAGA GOL

MELAKA UNITED

19.

RAWILSON BATUIL

24

PERTAHANAN

SABAH

20.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

19

TENGAH

KELANTAN

21.

SHAHREL FIKRI MD FAUZI

24

PENYERANG

NAKHON RATCHASIMA

22.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

32

PENYERANG

PAHANG

23.

MAHALLI JASULI

29

TENGAH

PKNS FC

24.

SYAHMI SAFARI

20

TENGAH

SELANGOR

 

Daripada senarai di atas, seramai 16 pemain dari skuad 24 pemain dipanggil ketika aksi persahabatan antarabangsa bertemu Fiji di Cheras pada 5 Julai lalu yang berkesudahan skuad kebangsaan menang 1-0 telah dikekalkan Cheng Hoe bagi panggilan kali ini.

Lapan pemain tidak tersenarai kali ini iaitu penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim dan Syawal Nordin (Kedah), Nazirul Naim Che Hashim dan Kenny Pallraj (Perak), Danial Ashraf Abdullah dan Shafiq Shaharudin (Kelantan), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United) serta Syahrul Azwari Ibrahim (Melaka United).

Sebagai ganti, Cheng Hoe telah memanggil lapan pemain baharu terdiri daripada penjaga gol Farizal Marlias (JDT), Fazly Mazlan (JDT II), Akhyar Rashid (Kedah), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Shahrel Fikri Md Fauzi (Nakhon Ratchasima), Norshahrul Idlan Talaha (Pahang), Mahalli Jasuli (PKNS FC) dan Syahmi Safari (Selangor).

Selain itu, di kalangan 24 pemain yang dipanggil kali ini juga, sembilan daripadanya dari skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang baru selesai tugasan Sukan Asia 2018 di Indonesia selepas tewas 1-0 kepada Jepun pada Pusingan 16 Terbaik, Jumaat lalu (24 Ogos).

Sembilan pemain berkenaan adalah pemain kuota lebih umur, Rizal Ghazali, 26, (Kedah), Adam Nor Azlin, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad (JDT), Irfan Zakaria dan Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur) serta Akhyar, Nik Akif Syahiran dan Syahmi.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani dua hari latihan tempatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri  Sembilan pada 3 dan 4 September sebelum berlepas ke Taipei City pada 5 September 2018.

Dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Chinese Taipei dan Kemboja ini merupakan antara persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Seterusnya tiga lagi aksi persahabatan bakal menyusul menjelang sepak mula pada 8 November iaitu bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober, bertemu Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober dan bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November 2018.

 

KEMAS KINI 30 OGOS 2018:

Tan Cheng Hoe telah memanggil tiga pemain baharu - Syawal Nordin (Kedah), Kogileswaran Raj (Pahang) dan Azzizan Nordin (Sabah) untuk hadir melapor diri pada 3 September 2018 menjadikan keseluruhan jumlah 27 pemain yang dipanggil.

 

KEMAS KINI 3 SEPTEMBER 2018:

Hanya 23 pemain hadir melapor diri selepas Rizal Ghazali mengalami kecederaan sementara Syafiq Ahmad, Safawi Rasid dan Adam Nor Azlin meminta pelepasan.

 

KEMAS KINI 4 SEPTEMBER 2018:

Norshahrul Idlan Talaha meminta pelepasan kerana urusan keluarga menjadikan hanya 22 pemain akan dibawa ke Taipei City dan Phnom Penh.