SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-23 KEBANGSAAN DI MOKPO, KOREA SELATAN

2017-12-15

Berikut senarai 26 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk ke kem latihan pusat selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan dari 17 hingga 30 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

HAZIQ NADZLI

19

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

SAFAWI RASID

20

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

DOMINIC TAN

20

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

ADAM NOR AZLIN

21

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM*

5.

SYAMER KUTTY ABBA

20

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM*

6.

MATTHEW DAVIES

22

SAYAP

PAHANG

7.

NOR AZAM ABDUL AZIH

22

TENGAH

PAHANG

8.

KOGILESWARAN RAJ

19

PENYERANG

PAHANG

9.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

21

SAYAP

JOHOR DARUL TA’ZIM II

10.

HADI FAYYADH ABDUL RAZAK

17

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM II

11.

IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

21

PENJAGA GOL

KEDAH

12.

AKHYAR RASHID

18

PENYERANG

KEDAH

13.

AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED

21

PENJAGA GOL

NEGERI SEMBILAN*

14.

N THANABALAN

22

PENYERANG

NEGERI SEMBILAN*

15.

AHMAD KHAIRIL ANUAR ZAMRI

22

TENGAH

PERAK

16.

SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

22

PERTAHANAN

PERAK*

17.

RAPHI AZIZAN MARIAPPEN

21

PERTAHANAN

PJ RANGERS FC

18.

TOMMY MAWAT BADA

21

SAYAP

PJ RANGERS FC*

19.

SHIVAN PILLAY ASOKAN

17

PERTAHANAN

PKNS FC

20.

JAFRI FIRDAUS CHEW

20

PENYERANG

PKNS FC*

21.

ADIB ZAINUDIN

22

PERTAHANAN

FELCRA FC

22.

DANIAL AMIER NORHISHAM

20

TENGAH

FELDA UNITED

23.

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT

18

TENGAH

KELANTAN

24.

IRFAN ZAKARIA

22

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

25.

K THIVANDARAN

18

TENGAH

PULAU PINANG

26.

SYAHMI SAFARI

19

SAYAP

SELANGOR

* Pasukan baharu 2018

 

Seramai tiga pemain telah digugurkan daripada senarai awal 29 pemain yang menjalani latihan pusat tempatan selama tiga minggu di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 27 November lalu iaitu penjaga gol Amierul Hakimi Awang dari Terengganu FC II dan Sean Eugene Selvaraj dari Selangor serta Danial Ashraf Abdullah dari Kelantan yang mengalami kecederaan.

“Selepas mengambil kira semua faktor, satu keputusan yang amat sukar untuk saya lakukan. Namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menggugurkan Amierul Hakimi dan Sean Eugene bagi melengkapkan senarai 26 pemain ke Korea Selatan,” kata Kim Swee.

Terdahulu pada 5 Disember lalu, Kim Swee telah mengumumkan pengguguran penyerang Kedah, Syafiq Ahmad daripada senarai 30 pemain yang dipanggil atas faktor kesuntukan masa memandangkan pemain berkenaan hanya dapat melapor diri lewat kerana melangsungkan perkahwinan.

Petang semalam, skuad B-23 kebangsaan seri 0-0 dengan Melaka United pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Shah Alam selepas mereka menewaskan PJ Rangers FC 8-2 pada perlawanan persahabatan pertama di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, 9 Disember lalu.

Skuad 26 pemain ke Mokpo itu akan berlepas pada awal pagi Ahad ini (17 Disember) bagi menjalani latihan serta menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa dengan kelab tempatan Korea Selatan iaitu Mokpo City FC pada 20 Disember, Honam University pada 22 Disember dan Jeonju Citizen pada 28 Disember.

Kemudian, Kim Swee bakal menggugurkan tiga lagi pemain bagi melengkapkan senarai akhir skuad 23 pemain ke Kejuaraan B-23 AFC 2018 apabila mereka terbang dari Korea Selatan ke Nanjing, China pada 30 Disember untuk satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa pada 5 Januari 2018.

 Skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

 Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Januari diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari 2018.