SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYSIA B-22 BERMULA 29 JANUARI 2017

2017-01-13

Berikut senarai 27 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Frank Bernhardt untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 29 Januari ini (Ahad). Ia sebagai persiapan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Vietnam B-22 pada 7 Februari depan di Ho Chi Minh, Vietnam.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN/KELAB

1.

AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED

21

PENJAGA GOL

KELANTAN

2.

MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM

21

PENJAGA GOL

KEDAH

3.

AMIERUL HAKIMI AWANG

22

PENJAGA GOL

TERENGGANU

4.

DINESH A/L RAJASINGAM

19

PERTAHANAN

PAHANG

5.

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

19

PERTAHANAN

SELANGOR

6.

DOMINIC TAN JUN JIN

20

PERTAHANAN

JDT

7.

MUHAMMAD AQIL IRFANUDDIN MOHD SABRI

20

PERTAHANAN

T-TEAM

8.

MUHAMMAD SYAZWAN ANDIK MOHD ISHAK

21

PERTAHANAN

JDT II

9.

MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKAR

21

PERTAHANAN

T-TEAM

10.

MOHD ADIB ZAINUDDIN

22

PERTAHANAN

FELCRA FC

11.

MATTHEW THOMAS DAVIES

22

PERTAHANAN

PAHANG

12.

MUHAMMAD SYAZWAN ZAIPOL BAHARI

22

PERTAHANAN

PKNP FC

13.

MUHAMMAD DANIAL ASHRAF ABDULLAH

20

TENGAH

KELANTAN

14.

MUHAMMAD SAFAWI RASID

20

TENGAH

JDT

15.

MUHAMMAD ZARULIZWAN MAZLAN

20

TENGAH

T-TEAM

16.

MUHAMMAD SHAHRUL HAKIM RAHIM

22

TENGAH

KELANTAN

17.

AHMAD KHAIRIL ANUAR AHMAD ZAMRI

22

TENGAH

PERAK

18.

MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

22

TENGAH

KUALA LUMPUR

19.

AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK

22

TENGAH

KEDAH

20.

NUR SHAMIE ISZUAN AMIN

22

TENGAH

SARAWAK

21.

MUHD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW

20

PENYERANG

PULAU PINANG

22.

MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

20

PENYERANG

PULAU PINANG

23.

S KUMAAHRAN

21

PENYERANG

PULAU PINANG

24.

ADAM NOR AZLIN

21

PENYERANG

SELANGOR

25.

THANABALAN A/L NADARAJAH

22

PENYERANG

FELCRA FC

26.

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

22

PENYERANG

KEDAH

27.

MUHAMAD ARIF MOHAMED ANWAR

22

PENYERANG

KUALA LUMPUR

 

Senarai pemain kali ini menyaksikan seramai 19 pemain dikekalkan daripada skuad 21 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini menentang Filipina B-22 pada 9 Disember lalu di Stadium Memorial Rizal, Manila yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Lapan muka baharu yang dipanggil terdiri daripada Matthew Thomas Davies (Pahang), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Muhammad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan), Muhammad Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Mohd Zarulizwan Mazlan (T-Team), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak), dan Muhammad Syafiq Ahmad (Kedah) yang kembali tersenarai untuk memperkuatkan pasukan.

Kem latihan pusat ini akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 29 Januari hingga 31 Januari 2017 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Seterusnya, senarai 20 pemain dipilih Bernhardt akan diumumkan dan mereka dijadual berlepas ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 6 Februari ini.

 

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD HARIMAU MALAYSIA B-22, FRANK BERNHARDT

“Bermula kem latihan pusat kali ini, fokus kita adalah pada pemain-pemain yang akan membentuk pasukan Sukan SEA. Saya harap tahap kecergasan mereka adalah lebih baik berbanding pada kem latihan bagi perlawanan menentang Filipina B-22 di mana mereka menyertai pasukan dalam keadaan tidak cergas.

"Buat masa ini, saya tidak pasti sama ada Faris Shah Rosli dan Ariff Farhan Md Isa (masing-masing mengalami masalah kecederaan lutut) sempat untuk sembuh sepenuhnya bagi Sukan SEA.

“Pada bulan Ogos tahun lepas, kita telahpun mengadakan perbincangan bersama pihak persatuan-persatuan bola sepak negeri dan juga kelab-kelab mengenai program latihan berpusat termasuklah mengumpul para pemain di luar kalendar FIFA bagi tujuan kem latihan jangka pendek.

“Bagaimanapun, buat masa ini keadaan masih belum jelas kerana terdapat beberapa perubahan besar di belakang tabir pasukan-pasukan yang telahpun bersetuju dan ada beberapa pasukan yang masih belum memberikan keputusan lagi.

“Saya masih berharap agar semua pasukan bersetuju untuk memberi pelepasan kerana saya perlukan masa dan persiapan yang cukup bersama para pemain untuk menghadapi Sukan SEA dan juga kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018.

“Semestinya pasukan Vietnam B-22 adalah pasukan yang kuat dan harus diingat bahawa mereka akan mempunyai kem latihan selama dua minggu bagi perlawanan persahabatan ini sementara kita pula masih perlu menyesuaikan tarikh latihan mengikut jadual pertandingan bola sepak tempatan.”