SENARAI 27 PEMAIN SKUAD MALAYSIA B-22 KE KEM LATIHAN DI CHIBA, JEPUN

2016-06-08

Ketua jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt mengumumkan senarai akhir 27 pemain yang akan menyertai kem latihan di Chiba, Jepun dari 10 Jun hingga 28 Jun ini.

Tiga daripada senarai 27 pemain yang telah ke kejohanan bola sepak Nations Cup 2016 di Melaka dari 3 Jun hingga 5 Jun lepas telah digugurkan oleh pengendali dari Jerman itu. Antaranya ialah Muhamad Shahrul Hakim Rahim (Kelantan), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak) dan digantikan tiga muka baharu iaitu; Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team), N Thanabalan (Negeri Sembilan) dan Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim (Pahang).

Skuad Bernhardt akan berlepas ke Jepun esok, 10.50 pagi dan dijadual bakal beraksi dalam beberapa siri perlawanan persahabatan menentang Yokohama FC (13 Jun), Machida Zelvia FC (20 Jun) dan Shonan Bellmare (22 Jun).

Berikut senarai akhir 27 pemain:

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN/KELAB

1

MUHAMMAD HAZIQ NADZLI

18

PENJAGA GOL

PDRM

2

AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED

20

PENJAGA GOL

KELANTAN

3

AMIERUL HAKIMI AWANG

21

PENJAGA GOL

TERENGGANU

4

DINESH A/L RAJASINGAM

18

PERTAHANAN

FRENZ UNITED

5

MUHAMAD HAFIY HAIKAL ISMAIL

18

PERTAHANAN

JDT II

6

DOMINIC TAN JUN JIN

19

PERTAHANAN

JDT II

7

MUHAMAD DANISH HAZIQ SAIPUL HISHAM

19

PERTAHANAN

NEGERI SEMBILAN

8

MUHAMMAD ARIF FARHAN MD ISA

20

PERTAHANAN

KEDAH

9

SANJEF DINESH A/L R S BASKERAN

20

PERTAHANAN

DRB-HICOM FC

10

MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKAR

20

PERTAHANAN

T-TEAM

11

MOHAMAD FARIS SHAH MOHD ROSLI

21

PERTAHANAN

KELANTAN

12

MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA

21

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

13

MUHAMMAD ZULKHAIRY ZULKEPLY

21

PERTAHANAN

UITM FC

14

MOHD ADIB ZAINUDDIN

21

PERTAHANAN

UITM FC

15

MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

18

TENGAH

PAHANG

16

MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

18

TENGAH

SELANGOR

17

MUHAMMAD SAFAWI RASID

19

TENGAH

T-TEAM

18

MUHAMMAD ZUASYRAF ZULKIEFLE

20

TENGAH

T-TEAM

19

MOHAMMAD FARHAN ROSLAN

20

TENGAH

KEDAH

20

MUHAMMAD SYAZWAN ANDIK MOHD ISHAK

20

TENGAH

JDT II

21

AHMAD KHAIRIL ANUAR AHMAD ZAMRI

21

TENGAH

PERAK

22

NUR SHAMIE ISZUAN AMIN

21

TENGAH

SARAWAK

23

MUHD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW

19

PENYERANG

PULAU PINANG

24

NIK MUHAMMAD SHARIF HASEEFY MOHD LAZIM

19

PENYERANG

PAHANG

25

THANABALAN A/L NADARAJAH

21

PENYERANG

NEGERI SEMBILAN

26

MUHAMAD ARIF MOHAMED ANWAR

21

PENYERANG

KUALA LUMPUR

27

MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD

21

PENYERANG

KEDAH

 

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-22, FRANK BERNHARDT

“Bagi saya, kem latihan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak dapat diturunkan pada kejohanan Nations Cup lalu untuk mempamerkan kualiti mereka dan juga bagi memperbaiki aspek kecergasan pasukan secara keseluruhan. Saya masih mencuba untuk mengatur perlawanan persahabatan keempat di sana.

“Adalah penting bagi kita untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lawan yang kuat dan berada di tahap yang lebih tinggi daripada pasukan Thailand sebagai contoh, supaya pemain dapat membiasakan diri apabila berdepan dengan pasukan-pasukan yang kuat di Sukan SEA tahun depan.

"Adam Nor Azlin masih mengalami kecederaan pangkal paha dan Muhamad Shahrul Hakim pula akan menjalani pembedahan di buku lalilnya. N Thanabalan dan Mohamad Arif Fadzilah digugurkan daripada skuad kejohanan Nations Cup kerana mereka cedera, jika tidak saya jangka mereka pasti akan berada dalam kesebelasan utama pasukan manakala Nik Muhammad Sharif Haseefy adalah pemain yang bermain di posisi yang sama untuk menggantikan Muhammad Firdaus Saiyadi.”