SENARAI 29 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA BERMULA 18 MAC 2018

2018-03-13

Berikut senarai 29 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini, 18 Mac 2018 bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, 22 Mac 2018 dan perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut pada Selasa, 27 Mac 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

SAFIQ RAHIM

31

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

2.

AHMAD HAZWAN BAKRI

27

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

3.

DARREN LOK

27

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

4.

NAZMI FAIZ MANSOR

24

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

5.

SAFAWI RASID

21

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

6.

FADHLI SHAS

27

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

7.

FAZLY MAZLAN

25

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

8.

S KUNANLAN

32

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

9.

AFIQ FAZAIL

24

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

10.

SYAFIQ AHMAD

23

PENYERANG

JOHOR DARUL TA’ZIM

11.

ADAM NOR AZLIN

22

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

12.

HAZIQ NADZLI

20

PENJAGA GOL

JOHOR DARUL TA’ZIM

13.

NATXO INSA

32

TENGAH

JOHOR DARUL TA’ZIM

14.

LA’VERE CORBIN-ONG

27

PERTAHANAN

JOHOR DARUL TA’ZIM

15.

AKHYAR RASHID

19

PENYERANG

KEDAH

16.

AKRAM MAHINAN

25

TENGAH

KEDAH

17.

ARIFF FARHAN MD ISA

22

TENGAH

KEDAH

18.

SYAZWAN ANDIK ISHAK

22

TENGAH

KUALA LUMPUR

19.

IRFAN ZAKARIA

23

PERTAHANAN

KUALA LUMPUR

20.

NOR AZAM ABDUL AZIH

23

TENGAH

PAHANG

21.

MATTHEW DAVIES

23

PERTAHANAN

PAHANG

22.

HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY

25

PENJAGA GOL

PERAK

23.

SHAHRUL SAAD

25

PERTAHANAN

PERAK

24.

KIKO INSA

30

PERTAHANAN

BANGKOK GLASS

25.

WAN ZACK HAIKAL WAN NOR

27

TENGAH

FELDA UNITED

26.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT

29

PENJAGA GOL

KELANTAN

27.

MAHALLI JASULI

29

TENGAH

PKNS FC

28.

RAWILSON BATUIL

24

PERTAHANAN

SABAH

29.

SYAHMI SAFARI

20

TENGAH

SELANGOR

 

Ini merupakan panggilan latihan pusat sulung skuad kebangsaan di bawah kendalian Cheng Hoe yang secara rasmi dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu pada 7 Disember 2017 bagi menggantikan Nelo Vingada dari Portugal yang telah meletak jawatan pada 6 Disember 2017.

Daripada senarai di atas, hanya 14 pemain telah dikekalkan daripada skuad 23 pemain Harimau Malaya ke Buriram, Thailand bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram pada 10 dan 13 November 2017 yang mana kedua-dua perlawanan tersebut berkesudahan skuad Harimau Malaya tewas 4-1.

Sembilan pemain yang digugurkan terdiri daripada dua penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan dan Khairulazhan Khalid serta Shahrom Kalam, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan, Ahmad Khairil Anuar Zamri, Hadin Azman serta Syamer Kutty Abba.

Bagi melengkapkan senarai 29 pemain kali ini, Cheng Hoe telah menamakan 15 pemain baharu antaranya dua pemain berdarah campuran dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Natxo Insa dan La’Vere Corbin-Ong, pemain Kedah, Ariff Farhan Md Isa serta kapten Sabah, Rawilson Batuil.

Turut tersenarai, sembilan pemain dari skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang berjaya mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari lalu iaitu penjaga gol, Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih dan kapten, Adam Nor Azlin.

Safawi, Nor Azam dan Adam Nor bagaimanapun merupakan sebahagian pemain yang dikekalkan daripada senarai 23 pemain ke Buriram, November lalu.

Lima lagi pemain baharu terdiri daripada mereka yang pernah dipanggil ke kem skuad kebangsaan sebelum ini iaitu penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, pemain tengah Kedah, Akram Mahinan, pemain PKNS FC, Mahalli Jasuli, pemain pertahanan Perak, Shahrul Saad serta penyerang JDT, Darren Lok.

Selepas aksi bertemu Mongolia, skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Beirut pada Ahad, 25 Mac 2018.

Kumpulan B saingan kelayakan selepas lima perlawanan menyaksikan Lebanon di tangga teratas dengan 13 mata, Korea Utara di tangga kedua dengan 8 mata diikuti Hong Kong ketiga dengan 5 mata manakala Malaysia yang sudah pun tersingkir daripada perebutan dua tempat teratas layak ke pusingan akhir di tangga keempat dengan 1 mata.

 

-----

 

KEMAS KINI PADA 19 MAC 2018:

Pemain pertahanan, Adib Zainudin (JDT II) telah dipanggil menyertai latihan pusat selepas dua pemain, S Kunanlan (JDT) dan Nor Azam Azih (Pahang) tidak melapor diri kerana kecederaan dan menjadikan jumlah pemain adalah seramai 28 orang.

 

KEMAS KINI PADA 23 MAC 2018:

Sembilan pemain baharu telah dipanggil iaitu Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur), Shahrel Fikri Fauzi (PKNP), Jafri Firdaus Chew, Shahril Saari (PKNS), Nor Hakim Hassan, Nazirul Naim Che Hashim, Syazwan Zaipol Bahari (Perak), Syawal Nordin (Kedah) dan Kogileswaran Raj (Pahang) bagi menyertai 14 pemain sedia ada melengkapkan senarai 23 pemain ke Beirut.

Mereka menggantikan tempat 14 pemain yang tidak dibawa ke Beirut iaitu Kiko Insa (penggantungan perlawanan), Rawilson Batuil (urusan keluarga di Sabah), Adib Zainudin serta 11 pemain JDT (tidak termasuk Syafiq Ahmad dan Nazmi Faiz Mansor yang turut ke Beirut).

 

KEMAS KINI PADA 24 MAC 2018:

Perlawanan persahabatan antarabangsa "A" antara Malaysia bertemu Nepal pada 1 April yang diumum sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana pasukan lawan gagal untuk hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan. Namun sebagai ganti, skuad Harimau Malaya akan menentang Bhutan pada 1 April di Stadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam.