SENARAI AKHIR 10 PEMAIN SKUAD BOLA SEPAK PANTAI KEBANGSAAN KE ‘2017 BELT & ROAD INTERNATIONAL BEACH SOCCER CUP’ DI HAIKOU, CHINA

2017-11-07

Berikut senarai akhir 10 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria bagi membawa cabaran Malaysia pada ‘2017 Belt & Road International Beach Soccer Cup’ di Haikou, China dari 10 hingga 12 November ini.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

PASUKAN

1.

MOHD NAZRI SULAIMAN

32

GK

TERENGGANU

2.

MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF

35

FW

TERENGGANU

3.

MOHD RIDUWAN MOHD NOR

27

MF

TERENGGANU

4.

MOHAMMAD FAKHRULLAH MOHAMAD

23

DF

TERENGGANU

5.

MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI

19

DF

TERENGGANU

6.

MOHAMAD NORAZMAN A BAKAR

19

MF

TERENGGANU

7.

WAN MUHAMMAD SYARIF WAN ABD MANAN

19

FW

TERENGGANU

8.

MOHD RIDHWAN ZAINAL

29

FW

KUALA LUMPUR

9.

MOHD HAFIZ ARBAEN

33

GK

KUALA LUMPUR

10.

MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR

24

DF

PAHANG

 

Daripada senarai di atas, tujuh pemain terdiri daripada mereka yang membantu pasukan Malaysia kendalian penolong jurulatih, Mohd Saiful Md Noor menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan Ke-2 di Pantai Songdo, Busan, Korea Selatan pada 16 dan 17 September lalu.

 Baki tiga lagi pemain merupakan muka baharu iaitu penjaga gol, Mohd Hafiz Arbaen (Kuala Lumpur), Mohamad Norazman A Bakar dan Wan Muhammad Syarif Wan Abd Manan (Terengganu).

 Terdahulu Ismail telah memanggil seramai 15 pemain untuk kem latihan pusat di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam sejak 1 November lalu iaitu dengan mengekalkan lapan pemain lama dan memanggil tujuh pemain baharu.

 Ini bermakna, lima pemain yang digugurkan terdiri daripada seorang pemain lama iaitu Mohammad Fakhruddin Mohamad serta empat muka baharu iaitu Mohd Nazrin Nasrudin dan Tun Nurhazfiz Ton Khalid (Pahang) Kamarul Hilmi Adenan dan Adam Abd Shukor (Kedah).

 Skuad bola sepak pantai kebangsaan akan berlepas ke Haikou, pagi esok (Rabu, 8 November) dan kembali ke tanah air pada 13 November 2017.

 

JADUAL PERLAWANAN:

 

Jumaat, 10 November 2017

 

CHINA lwn MALAYSIA (2 pm)

OMAN lwn AFGHANISTAN (4 pm)

 

Sabtu, 11 November 2017

 

AFGHANISTAN lwn MALAYSIA (2 pm)

CHINA lwn OMAN (4 pm)

 

Ahad, 12 November 2017

 

MALAYSIA lwn OMAN (2 pm)

CHINA lwn AFGHANISTAN (4 pm)

 

* Juara akan ditentukan berdasarkan pasukan mana yang mengumpul jumlah mata tertinggi selepas beraksi tiga perlawanan