2017-10-26
Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak untuk ke Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Paju, Korea Selatan dari 31 Oktober hingga 8 November 2017.
BIL |
NAMA |
POSISI |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
AHMAD TASNIM FITRI NASIR |
DF |
18 |
PIALA BELIA FELDA UNITED |
2. |
AZRI ABDUL GHANI |
GK |
18 |
PIALA BELIA FELDA UNITED |
3. |
ZAHRIL AZRI ZABRI |
MF |
18 |
PIALA BELIA FELDA UNITED |
4. |
ZHAFIR YUSOFF |
MF |
18 |
PIALA PRESIDEN KEDAH |
5. |
AKHYAR RASHID |
MF |
18 |
PIALA PRESIDEN KEDAH |
6. |
NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT |
MF |
18 |
PIALA PRESIDEN KELANTAN |
7. |
SYAIFUL ALIAS |
DF |
18 |
PIALA PRESIDEN KELANTAN |
8. |
AZHAR APANDI |
DF |
18 |
PIALA PRESIDEN KUALA LUMPUR |
9. |
NABIL HAKIM BOKHARI |
DF |
18 |
PIALA PRESIDEN KUALA LUMPUR |
10. |
NURFAIS JOHARI |
MF |
18 |
PIALA PRESIDEN PULAU PINANG |
11. |
K THIVANDARAN |
MF |
18 |
PIALA PRESIDEN PULAU PINANG |
12. |
SHAFIZI IQMAL MD KHIRUDIN |
MF |
18 |
PIALA BELIA PKNS FC |
13. |
SHIVAN PILLAY ASOKAN |
DF |
17 |
PIALA BELIA PKNS FC |
14. |
SAIFUL ISKANDAR ADHA SAIFUL AZLAN |
MF |
18 |
PIALA BELIA SELANGOR |
15. |
AIMAN ARIP ZULKARNAIN |
GK |
18 |
PIALA BELIA SELANGOR |
16. |
HADI FAYYADH ABDUL RAZAK |
FW |
17 |
LIGA PREMIER JDT II |
17. |
ZAFUAN AZEMAN |
FW |
18 |
LIGA PREMIER PERLIS |
18. |
AMMAR AKHMALL ALIAS |
MF |
18 |
PIALA FAM FELCRA FC |
19. |
ANWAR IBRAHIM |
DF |
18 |
PIALA PRESIDEN FELDA UNITED |
20. |
SHAFIQ AFIFI SUHAIMI |
GK |
18 |
PIALA PRESIDEN PKNP FC |
21. |
IZZUDDIN ROSLAN |
MF |
18 |
PIALA BELIA KUALA LUMPUR |
22. |
SYAFIQ DANIAL ROMZI |
DF |
18 |
PIALA BELIA TERENGGANU |
23. |
AL IMRAN ABDUL HALIM |
DF |
18 |
LIGA IPT – UITM |
Daripada senarai di atas, 20 pemain yang membantu Malaysia muncul naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Yangon, Myanmar, September lalu telah dikekalkan dengan Hodak hanya menggugurkan tiga pemain iaitu Faizal Hafiq Omar (Piala Belia Kuala Lumpur), Qamarul Ariffin Norhisham (Piala Belia Kuala Lumpur) dan Awang Faiz Hazziq Awang Fathi (Piala Presiden JDT III).
Sebagai ganti, tiga muka baharu yang dikenalpasti sepanjang kem latihan pusat dan pemilihan di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak 5 Oktober lalu telah disenaraikan Hodak iaitu Zhafir Yusoff (Piala Presiden Kedah), K Thivandaran (Piala Presiden Pulau Pinang) dan Al Imran Abdul Halim (Liga IPT - UiTM).
Skuad B-19 kebangsaan dijadual berlepas ke Korea Selatan pada Sabtu ini (28 Oktober) bagi menghadapi empat perlawanan kelayakan bagi Kumpulan F itu berdepan Timor-Leste pada 31 Oktober, Brunei pada 4 November, Indonesia pada 6 November dan tuan rumah, Korea Selatan pada 8 November.
Mengikut format kelayakan, kesemua 10 pasukan juara kumpulan (A-J) layak automatik ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Indonesia pada Oktober 2018 bersama-sama lima pasukan terbaik dari kalangan 10 pasukan naib juara kumpulan. (6 pasukan terbaik jika Indonesia muncul juara atau di kalangan lima pasukan terbaik naib juara kumpulan)