SIARAN MEDIA: FAM KEMUKA LAPORAN KEPADA AFC; UAE FA AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMAIN & PEGAWAI TERLIBAT

2018-08-11

Berhubung insiden pergaduhan yang berlaku pada penghujung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia B-23 bertemu UAE B-23 di Stadium Shah Alam malam tadi, saya dan Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah bertindak segera melakukan tindakan yang sewajarnya.

Saya dan Dato' Haji Hamidin terus mengadakan perbincangan dengan pihak UAE FA sendiri iaitu menerusi setiausaha agungnya, Mohammed Hazzam Al Dhaheri dan juga naib presidennya, Abdulla Naser Al Jneibi serta pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu setiausaha agungnya, Dato' Windsor John.

Selepas perbincangan, FAM telah menerima surat rasmi daripada UAE FA menyatakan mereka meminta maaf di atas insiden pergaduhan terbabit dan mengambil serius apa yang berlaku itu dengan akan melakukan siasatan dalaman bagi tindakan diambil kepada pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang terlibat.

Bagi pihak FAM pula, kita akan mengemukakan laporan daripada Kommisioner Perlawanan (MC) dan juga pengadil kepada AFC pada hari ini dan seterusnya akan membuat tindakan susulan dengan AFC jika ada apa-apa keperluan selepas AFC meneliti laporan daripada semua pihak.

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

----

 

MEDIA RELEASE: FAM TO SUBMIT REPORT TO AFC; UAE FA TO TAKE ACTION AGAINST PLAYERS & OFFICIALS INVOLVED

In regards to the brawl that took place towards the end of the international match between Malaysia U-23 and UAE U-23 at the Shah Alam Stadium last night, the FAM President, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin and I have acted promptly.

Dato’ Haji Hamidin and I immediately held discussions with UAE FA through their General Secretary, Mohammed Hazzam Al Dhaheri and Vice President, Abdulla Naser Al Jneibi along with General Secretary of the Asian Football Confederation (AFC), Dato’ Windsor John.

After the discussion, FAM received a formal letter from UAE FA stating that they apologise for the incident and take seriously of what happened and will be conducting an internal investigation for actions to be taken against players and team officials involved.

On FAM’s side however, we will be submitting a report from the Match Commissioner (MC) and referee to AFC today and will follow up with AFC if they need anything else after AFC examines the reports from all parties.

Stuart Ramalingam

General Secretary of Football Association of Malaysia (FAM)