SIARAN MEDIA: TAN CHENG HOE TANDATANGANI KONTRAK BAHARU BERSAMA FAM

2019-01-08

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini dengan sukacita mengumumkan bahawa Tan Cheng Hoe telah menandatangani kontrak baharu selama dua tahun untuk kekal sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya sehingga 31 Disember 2020.

Persetujuan itu telah tercapai antara kedua-dua pihak pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi.

Pada kesempatan ini juga, FAM ingin menafikan dakwaan bahawa pihak kami lambat dan melengah-lengahkan proses menandatangani kontrak baharu bersama Cheng Hoe ini selepas kontrak lamanya telah pun berakhir pada 31 Disember 2018.

Untuk makluman, Cheng Hoe telah mengambil cuti selama lebih dua minggu selepas berakhirnya saingan Piala Suzuki AFF 2018 pada 15 Disember 2018 yang mana beliau berjaya membawa skuad Harimau Malaya muncul sebagai naib juara.

Sejurus kembali ke Wisma FAM pada 2 Januari 2019, Cheng Hoe telah pun berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi FAM bagi membincangkan hal kontrak baharunya.

Hasil perbincangan tersebut telah dibawa ke mesyuarat yang telah ditetapkan pada hari ini untuk diperdengarkan dan diluluskan sebelum kedua-dua pihak mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu yang ditandatangani Cheng Hoe ini.

Akhir kata, FAM ingin mengucapkan tahniah kepada Cheng Hoe dan selamat maju jaya kepada beliau untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya dalam memburu kejayaan pada saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan juga saingan Piala Suzuki AFF 2020.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

---

 

PRESS RELEASE: TAN CHENG HOE SIGNED NEW CONTRACT WITH FAM

2019-01-08

The Football Association of Malaysia (FAM) today is pleased to announce that Tan Cheng Hoe has signed a new contract for two years to remain as head coach of the national football squad, Harimau Malaya until 31st December 2020.

The agreement was reached by both parties during the FAM National Team Management Committee meeting which was chaired by FAM President, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin at Wisma FAM, Kelana Jaya this morning.

FAM would also like to deny the allegations that our party was slow and delaying the process of signing a new contract with Cheng Hoe after his previous contract expired on 31st December 2018.

Kindly be informed that Cheng Hoe has taken leave for more than two weeks after the 2018 AFF Suzuki Cup final on 15th December 2018 in which he managed to steer the Harimau Malaya squad to a runners-up finish.

Upon returning to Wisma FAM on 2nd January 2019, Cheng Hoe met up with the top management of FAM to discuss matters pertaining his new contract.

The outcome of the talks was brought to the meeting which was set today to be heard and approved before both parties reached an agreement on the new contract signed by Cheng Hoe.

Last but not least, FAM wishes to congratulate Cheng Hoe and all the best to him in continuing to lead the Harimau Malaya squad in the quest for success at the upcoming 2022 World Cup/2023 Asian Cup qualifying rounds as well as the 2020 AFF Suzuki Cup.

 

Stuart Ramalingam

Football Association of Malaysia (FAM) General Secretary