SIDANG MEDIA PRAPERLAWANAN MALAYSIA B-22 LWN BAHRAIN B-22

2016-08-29

Berikut komen ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan, Frank Bernhardt pada sidang media pra-perlawanan yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Ia menjelang aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia B-22 bertemu Bahrain B-22 di Stadium Shah Alam, 8.45 malam ini.

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-22, FRANK BERNHARDT

"Jika hanya mengikut jadual sedia ada dalam kalendar FIFA, bermakna kita cuma ada dua perlawanan tahun depan. Ia tidak cukup untuk persiapan skuad negara apatah lagi jika kita mahukan pingat emas Sukan SEA.

'Sepuluh pemain batu melapor diri hari ini kerana mewakili pasukan mereka dalam saingan Piala Malaysia dan lima daripadanya beraksi untuk tempoh 90 minit semalam.

"Jadi, kemungkinan besar saya tidak akan menggunakan mereka esok dan harap peluang ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh pemain lain untuk menyerlah esok."