Piala Belia 2018

 

FORMAT PERTANDINGAN PIALA BELIA 2018:

* Sepak mula pada 21 Februari 2018 (Rabu)

* Peringkat liga: 22 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan Kumpulan A dianggotai 11 pasukan manakala Kumpulan B dengan 11 pasukan

* Selepas selesai kesemua perlawanan liga dua pusingan (20 perlawanan Kumpulan A dan 20 perlawanan Kumpulan B), empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir

* Peringkat kalah mati: Perlawanan suku akhir dan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik sementara perlawanan akhir di gelanggang berkecuali yang akan ditetapkan oleh FAM

KEMAS KINI TERBAHARU 30 MEI 2018: Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM telah menerima penarikan diri pasukan SSMP-AMD Cougars B-16 kendalian Lim Teong Kim dan SSMP-AMD Panthers B-16 kendalian Raja Azlan Shah Raja So'ib daripada meneruskan baki perlawanan bagi saingan Piala Belia 2018.