AFF Suzuki 2010 : FAM membuktikan sesuatu

21 Disember - Keputusan FAM menyenaraikan Harimau Muda A dalam Liga Super musim hadapan membuka ruang kepada Pasukan bawah 17 negara untuk mengikut jejak abang mereka bertanding dalam Liga Perdana.

Keputusan untuk mematangkan pemain remaja kebangsaan menerusi liga utama kebangsaan telah membuahkan hasil dalam masa singkat. Sumbangan pemain Harimau Muda terbukti ketika membantu skuad kebangsaan menjuarai sukan SEA seterusnya membawa pasukan senior negara ke final Piala AFF 2010.

J Category: 
uncategorised7