Kuantan, 14 September 2013: Malaysia berjaya menjulang kejuaraan Pestabola Merdeka kali ke-41 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan dengan berjaya menewaskan Myanmar 2-0 menerusi penyerang negara, Rozaimi Abd Rahman pada minit ke 28 dan jaringan Putera Nadher pada lewat permainan iaitu masa kecederaan di separuh masa kedua.