News Archive: November 2013

SEA Games: Malaysia in Group A

NAYPYITAW – Hosts Myanmar are in Group B of the men’s football at the SEA Games 2013 following the official draw of the event Wednesday (6 Nov) in Naypyitaw.

Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Pahang berjaya menjulang Piala Malaysia dan menamatkan penantian selama 21 tahun apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam Ahad (3 November 2013).

Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kelantan dan Pahang tentukan Juara Piala Malaysia 2013

Dua Pasukan pantai timur, Kelantan dan Pahang akan menentukan siapa yang berhak menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2013 esok (3 November 2013), Ahad di Stadium Shah Alam.

Dengan jangkaan 75,000 penonton yang akan menghangatkan lagi suasana perebutan antara dua pasukan yang diterajui oleh Bojan Hodak, Ketua Jurulatih Kelantan dan juga bekas pemain kebangsaan Dollah Salleh, Ketua Jurulatih Pahang.