News Archive: April 2015

Harimau Muda diundi dalam Kumpulan B

Skuad kebangsaan bawah-23 tahun telah diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan juara bertahan Thailand, Vietnam, Brunei, Laos dan Timor Leste bagi Sukan SEA 2015 yang akan berlangsung di Singapura.

Juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan separuh akhir. Acara bolasepak Sukan SEA 2015 itu akan berlangsung dari 29 Mei hingga 15 Jun 2015.

Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan A

Skuad kebangsaan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Palestin dan Timor Leste bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018.

Harimau Malaya akan memulakan Pusingan Pertama Kelayakan dengan menentang Timor Leste (11 Jun 2015), Palestin (16 Jun 2015), UAE (3 September 2015) dan Arab Saudi (8 September 2015).

KL Felda United perkukuh cengakaman LFK

Bahang untuk merebut takhta Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda (LFK) 2015 semakin dirasai setelah berlangsungnya Sirkit Ketujuh di KSL Gombak pada hari minggu lepas.

Pendahulu liga dan juara bertahan, KL Felda United tidak menunjukkan sebarang tanda tekanan dengan merakamkan dua kemenangan berturut 4-0 ke atas pasukan Sabah dan 5-3 ke atas pasukan Selangor.

Senarai Penjaring Terbanyak Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda

Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda (LFK) 2015 bakal masuk ke pusingan yang ke-sebelas pada hujung minggu ini dan saingan untuk merebut takhta liga juga semakin sengit.

Berikut adalah senarai penjaring terbanyak LFK setakat ini:

Kategori Lelaki

Nama

Pasukan

Skuad Harimau Muda bakal jalani sesi Latihan Pusat Fasa Ketiga

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 tahun akan menjalani sesi Latihan Pusat Fasa Ketiga dari 12 April hingga 15 April di Kelana Jaya sebagai persiapan bagi menghadapi Kejohanan Sukan SEA 2015 di Singapura yang dijadualkan bermula penghujung Mei 2015.

Asyraaf Abdullah pengendali baharu skuad wanita kebangsaan

Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM telah mengambil keputusan untuk melantik Mohd Aysraaf Abdullah sebagai pengendali baharu pasukan bola sepak wanita kebangsaan bagi menggantikan Jacob Joseph yang telah mengambil alih teraju utama pasukan Liga FAM, KL MISC MIFA.

Dollah Salleh: We’ll try our best against Spurs

National team head coach, Dollah Salleh has revealed that his Malaysian Selection side will strive to give English Premier League (EPL) club, Tottenham Hotspur a run for their money when the two sides meet in an exhibition match, AIA Cup in May.

“We will try our best against Spurs. Our target is to score at least one goal,” Dollah in response to reporters' questions in a press conference held in Saujana Hotel, Subang Jaya.

Selangor MPSJ berpesta gol

Pasukan Selangor MPSJ berjaya mencuri perhatian penonton di minggu keenam Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda (LFK) 2015 setelah mencatat dua kemenangan ke atas pasukan Perak dan pasukan KL Petaling Putra dengan jumlah jaringan sebanyak 14 gol.

Juara bertahan kategori lelaki, KL Felda United pula menewaskan pasukan KL Petaling Putra 6-1 sebelum mencatat kemenangan 5-4 di dalam aksi saingan sengit menentang pasukan Melaka.

Datuk Ong Kim Swee lists 29 trainees for the Malaysia U-23 squad

The Football Association of Malaysia (FAM) is pleased to announce the list of 29 trainees called up to the Malaysia national under-23 team squad in preparation for the upcoming SEA Games set to be held in Singapore.

The final list of 20 players will only be finalized two days before the team’s departure to Singapore.

Listed below is the squad list:

Garis Panduan Jendela Perpindahan April Liga Malaysia

Tempoh: Jendela Perpindahan Kedua bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia dibuka dari 1 hingga 28 April.

Garis Panduan:

1.    Kuota pendaftaran pemain baru bagi setiap pasukan adalah 3 orang pemain tempatan dan 3 orang pemain asing. Pemain-pemain tempatan hanya dibenarkan untuk berpindah melalui cara penamatan kontrak bersama pasukan asal sahaja kerana sistem perpindahan secara pinjaman tidak dibenarkan.