Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras terus pamer rentak cemerlang apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut setelah menewaskan Vion Zlate Moravce B-19 2-0 pada aksi kelima siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.
Penyerang berusia 18 tahun, Muhammad Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-5 dan minit ke-86.