News Archive: August 2015

Kedah berkelebihan empat mata terajui Liga Premier

Kedah semakin selesa di tangga teratas Liga Premier 2015 selepas berjaya mencatat tiga mata penuh menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 3-2 pada perlawanan ke-19 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
 
 Pencabar terdekat di tangga kedua, T-Team sekadar meraih satu mata selepas seri 1-1 dengan DRB HICOM FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
 

Senarai 25 pemain untuk kem latihan pusat Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015

Berikut senarai nama 25 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk kem latihan pusat di Shah Alam bermula 17 Ogos ini sebagai persiapan menghadapi edisi sulung Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan dari 21 hingga 26 September ini.

 

NAMA

POSISI

JDT rampas tangga teratas Liga Super daripada Pahang

Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) merampas tangga teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, ATM di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
 
 Kejayaan itu dibantu kegagalan pendahulu sebelum ini, Pahang mengutip mata apabila tewas 4-2 kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura.
 

MISC-MIFA MUNCUL JUARA PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Pasukan baharu edisi tahun ini, MISC-MIFA muncul juara Piala Tun Sharifah Rodziah setelah menewaskan juara bertahan, Sabah melalui penentuan sepakan penalti 3-2 selepas kedudukan masa penuh terikat 1-1 di Padang A, UKM Bangi.

4 pasukan teratas Liga Premier catat kemenangan

Persaingan di kelompok teratas Liga Premier terus rancak apabila keempat-empat pasukan teratas berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan ke-18, malam tadi.
 
 Kedah terus berada di landasan terbaik untuk naik ke Liga Super 2016 selepas mudah menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi mengumpul 39 mata ketika saingan hanya berbaki empat perlawanan.
 

PREBIU FINAL PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Juara bertahan Piala Tun Sharifah Rodziah, Sabah dan MISC-MIFA berjaya melangkah ke final selepas menyingkirkan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir.

HARI 5: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Hari kelima (Khamis, 6 Ogos 2015) Piala Tun Sharifah Rodziah 2015 menyaksikan Sarawak mengiringi tiga pasukan yang telah layak ke pusingan separuh akhir semalam; Sabah, MISC-MIFA dan PDRM setelah berjaya menumpaskan Negeri Sembilan 4-0 di Padang C, UKM, Bangi dan mengatasi pencabar terdekat, Selangor di atas perbezaan gol.

Bagi Kumpulan A, juara edisi tahun 2004, Sabah menamatkan pusingan kumpulan di persada carta apabila mengetepikan cabaran Selangor 5-0 di Padang A, UKM dan mengutip dua belas mata maksimum.

Liga Super: Pahang, JDT lebar jurang mata

Dua pasukan teratas Liga Super, Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya meraih tiga mata penuh selepas mengatasi lawan masing-masing pada perlawanan ke-17, malam tadi untuk terus melebarkan jurang mata berbanding pencabar lain.
 
 Pahang menewaskan ATM 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala JDT mudah membelasah pasukan tercorot, Sime Darby FC 4-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
 

HARI 4: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Hari keempat (Rabu, 5 Ogos 2015) Piala Tun Sharifah Rodziah menyaksikan tiga pasukan berjaya mengorak langkah ke pusingan separuh akhir.

Bagi Kumpulan A, juara edisi tahun 2004, Sabah mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir setelah melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Sarawak di Padang A, UKM Bangi.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan A, Negeri Sembilan berjaya bangkit dari dua kekalahan berturut untuk menumpaskan Pulau Pinang 3-1 di Padang ILKAP.

Harimau Muda C terikat seri 2-2 dengan MFK Skalica B19

Aksi keenam belas di Slovakia menyaksikan skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras seri 2-2 dengan MFK Skalica B-19.

Perlawanan malam tadi yang telah diadakan di padang tiruan merupakan sebahagian daripada langkah penyesuaian bagi Kejuaraan AFF 2015 yang bakal berlangsung di Laos, pada 22 Ogos hingga 4 September depan.