News Archive: August 2015

Kedah, T-Team masih dua teratas Liga Premier

Dua pasukan teratas Liga Premier, Kedah dan T-Team mengekalkan kedudukan mereka biarpun masing-masing sekadar meraih satu mata pada perlawanan ke-17, malam tadi.
 
 Kedah diikat 0-0 oleh Pulau Pinang di Stadium Darul Aman, Alor Setar manakala T-Team turut terikat 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
 

HARI 3: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Hari ketiga (Selasa, 4 Ogos 2015) Piala Tun Sharifah Rodziah petang tadi menyaksikan Sarawak yang seri 1-1 menentang Selangor semalam, menunjukkan peningkatan apabila menundukkan Pulau Pinang 2-0 di Padang B, UKM Bangi bagi Kumpulan A.

HARI 2: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Hari kedua (Isnin, 3 Ogos 2015)  Piala Tun Sharifah Rodziah petang tadi menyaksikan Sabah terus mempamerkan dominasi untuk mengungguli carta Kumpulan A dengan menundukkan Pulau Pinang 7-0 di Padang C, UKM Bangi sementara Selangor pula terikat seri 1-1 dengan Sarawak di Padang ILKAP.

MISC-MIFA yang berjaya mengejutkan naib juara edisi tahun 2004, PDRM 1-0 semalam terus menyerlah apabila membelasah Perak 9-0 dalam aksi Kumpulan B di Padang B, UKM.

Harimau Muda C menang kali ke-14

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras terus pamer rentak cemerlang apabila mengetepikan cabaran FK Puchov B-19 3-1 pada aksi kelima belas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Penyerang Mohamed Syamer Kutty Abba meledak dua gol pada minit ke-6 dan 49 manakala gol ketiga pula dijaringkan oleh Mohamad Syahmi Safari pada minit ke-69  bagi membolehkan pasukan bawah-19 tahun negara meraih kemenangan keempat belas berturut-turut.

HARI 1: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Aksi hari pertama, petang tadi (Ahad, 2 Ogos 2015) menyaksikan juara bertahan Piala Tun Sharifah Rodziah, Sabah menunjukkan taring dengan membelasah Negeri Sembilan 16-0 di Padang B, UKM, Bangi dalam saingan Kumpulan A.

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan Kumpulan A, Selangor berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di Padang A, UKM.

Pahang, JDT terus ungguli carta Liga Super

Dua pasukan teratas Liga Super, Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menjarakkan jurang mata dengan pasukan pencabar lain selepas masing-masing berjaya meraih tiga mata penuh pada perlawanan ke-16, malam tadi.
 

Kedah kekal teratas Liga Premier biarpun seri

Kedah terus kekal di tangga teratas Liga Premier 2015 meskipun sekadar meraih satu mata apabila diikat PKNS FC 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.
 
 Ia berikutan pencabar terdekat di tangga kedua, T-Team mengalami kekalahan 4-1 kepada Johor Darul Ta'zim II (JDT II) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.