News Archive: September 2016

KEJUARAAN B-16 AFC 2016: IRAQ 1-1 MALAYSIA

2016-09-20

Skuad B-16 negara kendalian P Somasundram menghidupkan peluang tipis untuk ke suku akhir Kejuaraan B-16 AFC 2016 selepas berjaya mengikat Iraq 1-1 pada perlawanan kedua Kumpulan C di Stadium Pandit Jawaharlal Nehru, Goa, India, petang semalam.

PIALA FAM: MISC-MIFA, FELCRA, AIRASIA & PKNP KE SEPARUH AKHIR

2016-09-19

Tiga pasukan teratas Kumpulan A iaitu MISC-MIFA, FELCRA FC dan AirAsia Allstars serta juara Kumpulan B, PKNP FC berjaya melangkah ke separuh akhir selepas menyingkirkan lawan masing-masing pada aksi suku akhir kedua Piala FAM 2016, semalam.

KEJUARAAN B-16 AFC 2016: MALAYSIA 0-3 OMAN

2016-09-17

Skuad B-16 negara kendalian P Somasundram memulakan kempen Kejuaraan B-16 AFC 2016 dengan langkah kiri selepas tewas 3-0 kepada Oman di Stadium Pandit Jawaharlal Nehru, Goa, India, malam tadi.

PERLAWANAN AMAL: DUGONG ALL STARS 1-3 PILIHAN HARIMAU MALAYSIA

2016-09-17

Pasukan Pilihan Harimau Malaysia muncul juara Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 selepas berjaya menewaskan pasukan Dugong All Stars 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan, petang semalam.

 Pilihan Harimau Malaysia di bawah kendalian jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee membariskan bekas-bekas legenda bola sepak negara antaranya Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Dollah Salleh dan Khalid Ali.

KEJUARAAN AFF B-19 2016: TIMOR LESTE 3-2 MALAYSIA

2016-09-17

Skuad Harimau Malaysia Bawah 19 tahun (B-19) kendalian Frank Bernhardt tewas tipis 3-2 kepada Timor Leste pada aksi ketiga Kejuaraan AFF B-19 2016 di Pusat Latihan Belia, Hanoi, petang tadi.

Ketinggalan 2-0 pada 35 minit pertama permainan menerusi dua jaringan penyerang, Alves Ima Kefi (30’ & 35’), pasukan kebangsaan bangkit merapatkan jurang melalui sentuhan penyudah Jafri Firdaus Chew pada masa tambahan babak pertama.

SIARAN MEDIA: LOGO REKAAN AMZAR MOHAMED DIPERKENALKAN SECARA RASMI SEBAGAI LOGO BAHARU HARIMAU MALAYSIA

2016-09-16

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini memperkenalkan secara rasmi logo baharu Harimau Malaysia rekaan Muhammad Amzar Mohamed sebelum sepak mula Perlawanan Amal Hari Malaysia 2016 antara pasukan Dugong All Stars lwn Pilihan Harimau Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

KEJUARAAN AFF B-19 2016: MALAYSIA 2-1 SINGAPURA

2016-09-15

Skuad Malaysia Bawah 19 tahun (B-19) meneruskan rentak cemerlang pada kempen Kejuaraan AFF B-19 2016 setelah menumpaskan Singapura 2-1 di Stadium Hang Day, Hanoi, petang tadi.

Terdahulu, pada aksi pembukaan yang berlangsung kelmarin (Selasa), pasukan Harimau Malaysia kendalian Frank Bernhardt berjaya membenam Filipina 5-0.

RANGKUMAN SIDANG MEDIA SELEPAS KONGRES TAHUNAN FAM KE-52

2016-09-15

Berikut adalah rangkuman sidang media oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Sri Haji Afandi Hamzah selepas Kongres Tahunan FAM Ke-52 yang dipengerusikannya di Hotel Hilton Petaling Jaya, pagi tadi.

 

SENARAI 20 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN

2016-09-14

Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal kebangsaan yang baharu, Chiew Chun Yong  untuk menghadiri kem latihan pusat skuad futsal lelaki kebangsaan bermula 19 September ini (Isnin).

 Ia sebagai persiapan awal skuad futsal Harimau Malaysia bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok, Thailand dari 31 Oktober hingga 8 November ini. Chun Yong, 43, baru saja dilantik sebagai ketua jurulatih yang baharu menggantikan pengendali dari Brazil, Marcelo Serpa.